Anda kreatif? Bosan duduk rumah? Berbakat Menghasilkan Video Pendek atau Poster?
Ayuh mengurus informasi COVID-19 dengan bijak! Sebarkan info sahih, elakkan info palsu. Sertai Pertandingan Video Pendek dan Poster anjuran Video Innovation Club, Universiti Kebangsaan Malaysia bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekarang dan menangi hadiah menarik!
Kongsikan idea menarik anda kepada kami mengenai cara pengurusan maklumat COVID-19 secara bijak di media sosial. Penyertaan adalah percuma. Terbuka kepada semua pelajar IPTA/IPTS dan pelajar sekolah.
Maklumat pertandingan :
Kategori :
1. Video Pendek (2-5 minit) : IPT dan Sekolah
2. Poster : Terbuka
Tarikh Tutup Penyertaan : 31 Mei 2020
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan Facebook seperti berikut:
https://www.facebook.com/PertandinganVideoInovasi
Borang pendaftaran untuk pertandingan ini adalah seperti berikut:
https://docs.google.com/…/1FAIpQLSdZ7MJfF5Sq2jZR6R…/viewform