Pada 4 & 5 Dis 2015, JKKK, Persatuan Belia MBFM Bukit Besar dan RELA telah bekerjasama dalam menjayakaan program Hari Keluarga Yang telah dijalankan di TIARA DESARU KOTA TINGGI.

Program selama 2 Hari 1 Malam tersebut telah disertai lebih kurang 40-50 Orang Peserta dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti sampingan misalnya Karaoke suka-suka, memancing Pantai Suka-suka, Riadah bersama keluarga, Aktiviti Bebas dan acara tukar-tukar Hadiah.

Antara Agensi Lain yang menyertainya ialah Technoplant, GPW dan Klinik Kesihatan sebagai tanda Ukhuwah dikalangan agensi yang ada.

Program seumpama ini telah dibuat julung-julung kalinya selepas 15 tahun kemudian yang pernah diadakan.

MAJLIS PENGURUSAN KETUA KAMPUNG (MPKK)

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 27 Jun 2018 telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Pembangunan Luar Bandar agar JKK distrukturkan semula bagi memastikan ianya akan menjadi institusi yang lebih efektif dan efisien di dalam pembangunan kampung.

Pusat Internet Malaysia dulunya telah dibangunkan di Bangunan Individu. Bermula 2015, Pusat Internet Malaysia telah berpindah di Kawasan Kedai MPKK yang berdekatan dengan Pusat Perniagaan utama Felda Bukit Besar. Alamat Terkini Pusat Internet Malaysia ialah:

Pusat Internet Malaysia NO 1 & 2 Kedai JKKK Jalan Titiwangsa  Felda Bukit Besar 81450 Kulai Johor.

Bersebelahan atau perniagaan yang lain iaitu Restoran Encik Ismail, Perniagaan Hara dan 2 buah lagi premis dalam proses Pembukaan.