Kampung-Kulai.jpg

Kalau anda jenis yang sukakan sejarah, kehijauan alam semulajadi, fotografi, atau suka melihat seni bina lama, anda boleh melawat ke Kampung Putuo. Perkampungan cina yang lama dan unik ini sememangnya menjadi salah satu destinasi perlancongan yang popular di Kulai. Di antara tarikan yang ada di sini ialah Perkampungan cina lama, Taman buluh, Kuil cina lama dan Rumah orang tua. Kalau anda jenis sukakan fotografi, di sini anda akan mendapat banyak gambar yang cantik. Seolah-olah anda bercuti ke negara China. Untuk makluman anda, di Kampung Putuo terdapat sebuah rumah orang tua yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelawat. Bolehlah anda singgah di sini untuk beramah-mesra menghiburkan hari orang-orang tua yang kesunyian di sini. Kalau anda sempat, boleh belikan makanan atau buah-buahan sebagai buah tangan. Pastinya kedatangan anda akan menggembirakan penghuni di sini.

51703073_10217442054984240_7586227526930792448_o.jpg

Ujana Tasik Bandar Tenggara, yang terletak di Bandar Tenggara. mengambil masa 18 minit daripada Pusat Internet Felda Bukit Besar. Terletak bersebelahan dengan tasik lama Bandar Tenggara. Ujana Tasik Bandar Tenggara telah dirasmikan Oleh YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique pada 22 April 2018. Ujana Tasik tempat reaksi yang bersesuaian sesi keluarga. Mempunyai gelanggang bermain badminton, tempat bermian skate board, taman permainan dan track untuk joging. Disamping itu, terdapat tempat untuk pengunjung membuat senaman ringkas serta refleksologi. Pada waktu petang pula terdapat pemainan buih sabun dan layang-layang.  

Pelancongan dan Kebudayaan

 33PC175327.jpg

Makam Kota Sayong terletak kira-kira 7 km dari Bandar Tenggara. Makam Kota Sayong bermula dari Kota Sayong yang menjadi Pusat Pemerintahan Kerajaan Negeri Johor yang ketiga antara tahun 1535-1540. Selepas Melaka ditakluki Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud berundur ke Pagoh dan kemudian ke Johor dan mangkat di Kampar (Indonesia) pada tahun 1528. Putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah (1528-1564) telah kembali semula ke Johor dan memilih Kota Tua sebagai Pusat Pentadbiran baginda yang baru.


         Namun demikian, pada tahun 1535, Armada Portugis di bawah pimpinan Estavo De Gama telah menyerang Pekan Tua dan baginda terpaksa berundur ke Sayong. Semenjak itu, Sultan Alauddin Riayat Shah menjadikan Sayong sebagai Pusat Pentadbiran. Pada tahun 1536, Portugis menyerang Kota Sayong dan berakhir dengan pemetrian Perjanjian Damai di antara kedua-dua belah pihak. Selepas Sultan Alauddin berjaya menawan Aru dan Acheh pada tahun 1540,  baginda telah meninggalkan Kota Sayong dan memindahkan semula pusat pemerintahannya ke Kota Batu (Kota Tua-Johor Lama).

        Kota Sayong dibina dari timbunan tanah dan berawang pada bahagian tertentu. Tembok Kota diperkukuhkan dengan susunan batu karang. Di bahagian tengah Kota terdapat batu berlubang yang dipercayai alas tiang bendera. Susunan batu karang juga digunakan untuk memagari kawasan-kawasan makam. Terdapat beberapa kawasan Makam Lama dari Batu Nisan Acheh yang dipercayai sebagai Makam Sultan, Kerabat dan Pembesar Acheh yang dikenali sebagai Makam 7, Makam 12, Makam 1 dan Makam 2 di Makam Kota Sayong.

 

Lagenda Kota Sayong

 

        Di sinilah permulaan kawasan kehidupan lagenda seorang manusia yang mempunyai kekuatan luar biasa, iaitu 'Badang' yang memakan muntah hantu air yang kerapkali mencuri ikan-ikan di dalam lukah atau perangkap ikan yang dipasang oleh Badang di sekitar kawasan Sungai Sayong . Badang dilahirkan di Sayong Pinang, bukannya yang diketahui  telah lahir di Singapura atau Temasik. Badang telah ditentang oleh Seri Wira Kerma dari Temasik kerana mengetahui Badang memiliki keluarbiasaan yang aneh.

          Badang telah ditentang oleh Raja Kalinga 1 dari India yang menghantar ahli gusti untuk bertarung, bernama Nadi Bijaya Pikrama dan Benderang. Selepas kemenangannya itu, Badang telah berpindah ke Temasik sehingga dia meninggal dunia.

 

orchard-header.jpg

Orchard Golf & Country Resort menawarkan perkhidmatan rekreasi permain Golf yang terletak di Jalan KM19, Jalan Kota Tinggi-Kulai, K.B. 510, 81900, Kota Tinggi, Johor. Selain menawarkan perkhidmatan rekreasi sukan golf, perkhidmatan lain yang ditawarkan disini adalah seperti mengadakan majlis-majlis keraian seperti perkahwinan, majlis berbuka puasa dan majlis sambutan hari raya aidilfitri.

 

9ce0412f-9906-466a-a705-52f7d3e1e47f.jpg

Sebuah bukit tinggi yang boleh memperlihatkan semua kawasan yang berada disekeliling Felda Bukit Besar, ditambah lagi pada sekarang ini telah melalui prosese penebangan pokok kelapa sawit. Ia boleh dijadikan tempat mengambil gambar yang tercantik sekali. 

Lokasi : Jalan Besar Felda Bukit Besar - Sungai sayong