Kesihatan adalah salah satu aspek terpenting dalam menjadikan sesebuah kawasan itu bebas dari pelbagai masalah kesihatan. Dalam mempastikan masyarakat sekitar terjamin untuk mendapatkan kesihatan yang berpanjangan pelbagai agensi-agensi berkaitan mengambil peranan dan tanggungjawab misalnya yang utama dari Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri denwan kewujudan Klinik Kesihatan Felda Bukit Besar. Selain daripada itu, dibawah Gabungan Persatuan Wanita Felda (GPW) telah diwujudkan KOSPEN yang berperanan menjalankan pemeriksaan secara"In House"kepada masyarakat setempat terutama Golongan wanita.
Tambahan Terkini Pusat Internet Malaysia (PIM) juga telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan program "MY HEALTH" hasil gabungan teknologi terkini menggunakan aplikasi internet dan multimedia bagai membuat pemeriksaan secara mudah dan senang dengan mengikuti langkah-langkah yang diberikan oleh petugas Pusat Internet Malaysia.
Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini masyarkat sekitar hanya perlu mengambil peluang dalam mempastikan tahap kesihatan sentiasa dijaga dalam mencegah masalah-masalah penyakit terutama penyakit-penyakit kronik