Program Malam Cinta Allah & Rasul

Program Malam Cinta Allah dan Rasul bertempat di Stadium Bandar Tenggara pada 27 Jun 2014 

 

Organisasi & Badan-badan tempatan untuk wanita di Felda Bukit Besar

Gerakan Persatuan Wanita (GPW)

Aktiviti dan Kegiatan

Kegiatan Kemasyarakatan - Gotong-royong diadakan pada setiap minggu.

Kegiatan Keagamaan – Kelas agama seperti kelas dakwah, kelas Al-Quran, kelas fardhu ain, Yasin setiap blok. Kelas Al-Quran diadakan setiap hari Jumaat dan Sabtu, manakala yasin setiap blok diadakan setiap minggu. Sambutan Maulidur Rasul, Qurban dan marhaban turut diadakan.
               
Kegiatan Sosial/Kebudayaan – Majlis meraikan bakal haji/hajah dan Hari raya Aidilfitri, akitiviti lawatan dan tempahan kraftangan.
               
Kegiatan Masa Lapang – Tempahan menjahit baju dan penjualan kerepek dan kuih.

Kegiatan Keusahawanan – Projek penanaman ubi dan kacang soya.

Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

Kegiatan Keagamaan  – Kelas agama seperti kelas dakwah, kelas Al-Quran, kelas fardhu ain, yasin setiap blok. Kelas Al-Quran diadakan setiap hari Jumaat dan Sabtu, manakala yasin setiap blok diadakan setiap minggu. Sambutan Maulidur Rasul, Qurban dan marhaban.

Kegiatan Sosial/Kebudayaan – Asuhan.

Kegiatan Masa Lapang – Kelas Jahitan

Kegiatan Keusahawanan – Tiada

Tokoh Wanita Tempatan – Pn. Suriati bt. Hj Syukur - Tokoh Ibu Mithali 2008
                                           Pn. Mariam bt. Palman - Tokoh Ibu Mithali 2007