FELDA BUKIT BESAR

Felda Bukit Besar merupakan sebuah kampung terletak di daerah Kota TinggiJohorMalaysia. Terletak di dalam gugusan Felda Taib Andak, ia di kelilingi oleh beberapa perkampungan felda yang lain seperti Felda Pasir RajaFelda Sungai Sayong dan Felda Bukit Ramun. Ia terletak di dalam kawasan Gugusan Taib Andak. Walaupun sesetengah tempat beralamatkan Kulai, namun ia masih dibawah pentadbiran daerah Kota Tinggi dimana ianya terletak di dalam mukim Ulu Sungai Johor. Kawasan ini terletak di dalam parlimen Tenggara dan dun Pasir Raja.

KEMUDAHAN

Kampung Felda Bukit Besar merupakan pusat bagi empat buah rancangan felda iaitu Felda Bukit Ramun, Felda Sungai Sayong, Felda Pasir Raja dan Kampung Rantau Panjang. Hal ini kerana Kampung Felda Bukit Besar mempunyai kelebihan infrastruktur yang dibina bagi kemudahan penduduk di sekitar kawasan Felda Bukit Besar. Kemudahan yang dibina yang tidak terdapat di kampung lain ialah kilang sawit, makmal penyelidikan, Balai Polis, sekolah menengah, Pejabat Pos, Klinik Kesihatan, Pusat Giat Mara dan PDK.

Oleh yang demikian, peluang pekerjaan lebih banyak terdapat di Kampung Felda Bukit Besar berbanding felda-felda yang lain. Dewan yang dibina juga bersaiz lebih besar berbanding dewan di felda yang berhampiran. Oleh itu banyak lawatan dan majlis dari pihak luar diadakan di Kampung Felda Bukit Besar.

 

KEUNIKAN

Apa yang membuatkan Felda Bukit Besar ini memberikan keunikan adalah dari segi poskod surat menyuratnya.Di mana sesetengah pihak menggunakan poskod untuk Bandar Tenggara,daerah Kulai dan daerah Kota Tinggi iaitu:

  • 81000 untuk daerah Kulai,
  • 81450 untuk Gugusan Taib Andak
  • 81390 untuk daerah Kota Tinggi.

 

PENTADBIRAN

Ditadbirurus oleh 6 orang kakitangan Felda untuk khidmat kemasyarakatan dan 6 orang kakitangan Felda Technoplant untuk urus tadbir ladang milik peneroka.Kakitangan ini juga merupakan tulang belakang di dalam pentadiran Felda Bukit Besar bagi memastikan masyarakat khususnya peneroka dan penerokawati mendapat segala faedah dan manfaat yang diberi oleh pihak FELDA.Walaupun mereka sering dicemuh oleh segelintir masyarakat terutamanya dari generasi kedua peneroka,mereka tetap memikul dan menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi.Pujian harus diberikan kepada mereka.

Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Besar

Felda Bukit Besar terletak di dalam Daerah Kota Tinggi dan berada lebih kurang 23 kilometer dari selatan bandar Kulai dan 60 kilometer dari ibu negeri. Felda Bukit Besar juga termasuk di bawah kawasan Parlimen Tenggara dan kawasan Dewan Undangan Pasir Raja

Mengikut Rekod Program Aktiviti Pusat Internet

29 Dec 2010

Program hari terbuka PJK Bukit Besar berlangsung dengan meriah dengan kehadiran penduduk setempat seawal jam 10 pagi lagi. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah:

·         mewarna online bagi tadika dan pra sekolah

·         information hunt bagi penerima netbook

·         pertandingan menaip pantas bagi belia wanita

·         teka perkakasan komputer bagi sekolah rendah

·         pertandingan suai padan terbuka

·         pertandingan silang kata terbuka

·         kuiz

·         cabutan bertuah

Seramai 26 orang ahli baru dicatatkan dan 134 orang kehadiran penduduk di sekitar PI1M Bukit Besar. Antara tetamu kehormat yang memeriahkan program ialah:

1.    Tuan Haji Md Yatim B. Zakaria Pengerusi JKKK Felda Bukit Besar

2.    En Mohd Saad B. Abd Hamid Pengerusi JKKK Felda Bukit Ramon

3.    En Suhaimi wakil pejabat Felda

4.    Imam Hj Alias B. Abd Rahman

 

Majlis penutup dimulai dengan bacaan doa dan ucapan dari pengerusi JKKK Felda Bukit Besar serta taklimat dari Pengurus PI1M Bukit Besar. Majlis penyampaian hadiah dan cenderahati turut diadakan pada petang itu

PJK Felda Bukit Besar, Kulai Johor

29DEC

Felda Bukit Besar terletak di dalam Daerah Kota Tinggi dan berada lebih kurang 23 kilometer dari selatan bandar Kulai dan 60 kilometer dari ibu negeri. Felda Bukit Besar juga termasuk di bawah kawasan Parlimen Tenggara dan kawasan Dewan Undangan Pasir Raja

Hari Terbuka PJK Bukit Besar

29 Dec 2010

Program hari terbuka PJK Bukit Besar berlangsung dengan meriah dengan kehadiran penduduk setempat seawal jam 10 pagi lagi. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah:

·         mewarna online bagi tadika dan pra sekolah

·         information hunt bagi penerima netbook

·         pertandingan menaip pantas bagi belia wanita

·         teka perkakasan komputer bagi sekolah rendah

·         pertandingan suai padan terbuka

·         pertandingan silang kata terbuka

·         kuiz

·         cabutan bertuah

Seramai 26 orang ahli baru dicatatkan dan 134 orang kehadiran penduduk di sekitar PJK Bukit Besar. Antara tetamu kehormat yang memeriahkan program ialah:

1.    Tuan Haji Raya Bin Rabu Pengerusi JKKK Felda Bukit Besar

2.    En Mohd Saad B. Abd Hamid Pengerusi JKKK Felda Bukit Ramon

3.    En Suhaimi wakil pejabat Felda

4.    Imam Hj Alias B. Abd Rahman

Majlis penutup dimulai dengan bacaan doa dan ucapan dari pengerusi JKKK Felda Bukit Besar serta taklimat dari Pengurus PJK Bukit Besar. Majlis penyampaian hadiah dan cenderahati turut diadakan pada petang itu