Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Besar dulunya dikenali Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) telah dibina pada Tahun 2009. Semenjak Kepimpinan Negara bertukar nama PJK telah di tukar kepada Pusat Internet Malaysia, Pusat Internet Komuniti dan seterusnya Pusat Ekonomi Digital sehingga kini. Pusat Ekonomi Digital adalah inisiatif Kerajaan yang sememangnya memberi Manfaat kepada komuniti setempat dan sekitarnya seperti servis beraitan E-Dagang, E-Pembelajaran, Kursus Keusahawanan dan lain-lain. Selain itu, Pusat Ekonomi Digital menwarkan percetakan bagi kemudahan penduduk setempat.

                                     
 
 
 
                          BENDERA NEGERI JOHOR

 

Warna dan reka bentuk bendera Johor membawa maksudnya yang tersendiri. Bendera ini telah direka oleh Sultan Sir Abu Bakar dan telah diguna pakai pada zaman penubuhan Kesultanan Johor Moden pada tahun 1871. Selain bendera rasmi negeri Johor, terdapat beberapa bendera lain yang digunakan di negeri ini yang mewakili kerabat diraja Johor, para pembesar dan Dato' Menteri Besar.

Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_dan_jata_Johor#

 
                    BENDERA KOTA TINGGI
 
 
Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Daerah Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 42 km dari bandaraya Johor Bahru. Keluasan daerah Kota Tinggi ialah kira-kira 3488.7 kilometer persegi manjadikannya sebagai daerah terbesar di negeri Johor.
 

Maklumat Am

 

Tahukah anda ?

FELDA BUKIT BESAR MERUPAKAN IBU NEGERI GUGUSAN TAIB ANDAK . 
Kampung Felda Bukit Besar merupakan pusat bagi empat buah rancangan felda iaitu Felda Bukit Ramun, Felda Sungai Sayong, Felda Pasir Raja dan Kampung Rantau Panjang. Hal ini demikian kerana, Kampung Felda Bukit Besar mempunyai kelebihan infrastruktur yang dibina bagi kemudahan penduduk di sekitar kawasan Felda Bukit Besar. Kemudahan yang dibina yang tidak terdapat di kampung lain ialah kilang sawit, makmal penyelidikan felda, Balai Polis, sekolah menengah, sekolah agama, Pejabat Pos, Klinik Kesihatan, Pusat Giat Mara dan Pusat Dalam Komuniti (PDK).

Oleh hal yang demikian, peluang pekerjaan lebih banyak terdapat di Kampung Felda Bukit Besar berbanding felda-felda yang lain. Dewan yang dibina juga bersaiz lebih besar berbanding dewan di felda yang berhampiran. Oleh itu banyak lawatan dan majlis dari pihak luar diadakan di Kampung Felda Bukit Besar.

 

POLITIK

 Wakil Rakyat                 

Ahli Parlimen P155 – YB Datuk Seri Dr Adham Bin Baba

       

Nama YB TUAN MANNDZRI BIN NASIB
Parti BN - UMNO
Tempat Duduk C - 17
Parlimen P155
Kawasan TENGGARA
Negeri Johor
No. Telefon  
No. Faks  
Email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat Surat-menyurat No. A3 & A4, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tenggara, D/A Pusat Perkhidmatan dan Transit Pelancongan Batu Ampat, 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Ta'zim.

 

Laman Web  :https://www.parlimen.gov.my/

Ahli Dewan Undangan Negeri N35 – YB Rashidah Binti Ismail

 

Rashidah-Ismail.jpg

ADUN Kawasan Pasir Raja (N 35)

Nama             : YB Puan Rashidah Binti Ismail

Alamat           : Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN N35 Pasir Raja No 18 A, Jln Biru, Tmn Laksamana,

                         81900 Kota Tinggi.
No Tel            : 07-8828 900
No Faks         : 07-8827 900
Email             : 
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
Laman Web   : Laman Web ADUN Pasir Raja

Dc3-posters

Pihak Fakulti Multimedia Creative, Multimedia University (MMU) dengan kerjasama Creative Content Industry Guild Malaysia (CCIG) menganjurkan Digital Creative Content Creation Competition 2017.

 

Penyertaan terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu orang awam, pelajar sekolah, dan IPTA/IPTS.

Kategori pertandingan :

1. Photography (Fotografi)

2. Digital Image Manipulation (Manipulasi imej digital)

3. New Media (Media Baru)

4. Video-Short Movie (Video- Cerita Pendek)

 

Penyertaan adalah secara atas talian, sila layari https://dc3awards.com/

Tarikh Tutup : 31 October 2017.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Adalah dimaklumkan bahawa, Kementerian Sumber Manusia akan menganjurkan Karnival Kerjaya, Kemahiran dan Produk Inovasi OKU 2017.

 

Maklumat Karnival seperti dibawah:

 

Tarikh

: 24 November 2017 (Jumaat)

Masa

: 9.00 pagi - 4.30 petang

Tempat

: Grand Ballroom, Aras 2

  Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral

  No. 5 Jalan Stesen Sentral

  50470 Kuala Lumpur

Perasmi

: YBhg. Dato' Mohd Jeffrey bin Joakim

  Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja        

  Semenanjung Malaysia

*Sekiranya ada sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Puan Norafiza binti Abd Fattah 03-8886 5144 atau Puan Siti Hawa binti Adam ditalian 03-8886 5145

Sekian, Terima Kasih.

 

Karnival-OKU-2017-BM

Karnival-OKU-2017-BI