Melalui Inisiatif Jalur Lebar yang telah wujud sama ada talian Tetap mahupun Perkhidmatan Pusat Internet sedia ada,  Penduduk Setempat mengambil kesempatan dalam menjadikan jalur lebar sebagai platform kedua dalam meningkatkan perniagaan yang telah diceburi. Misalnya memasarkan perkhidmatan ukir inai di Face Book, menjual pakaian, makanan, dan lain-lain.

Selain Itu dengan wujudnaya penglibatan warga setempat dalam Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Tekun, Mara dan lain-lain agensi yang menawarkan perkhidmatan penambahan modal kepada pengusaha-pengusaha yang menjalankan perniagaan untuk mengembangkan pernaiagaan yang mereka usahakan telah merancakan industri keusahawanan dari komuniti sekitar.