Jom meriahkan Persidangan PEDI Madani 2023 yang akan dianjurkan pada 29 November 2023 ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Persidangan PEDi Madani 2023 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini akan dirasmikan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari termasuk sesi masterclass dan persidangan, reruai pameran daripada usahawan-usahawan PEDi serta Bazaar Rahmah yang menjual barangan asas dengan harga patut.

Jangan lupa untuk hadir ke Persidangan PEDi Madani 2023. Masuk adalah percuma.
Daftar sekarang di pautan berikut: https://www.mcmc.gov.my/pedi-conference/index.html

Anda kreatif? Bosan duduk rumah? Berbakat Menghasilkan Video Pendek atau Poster?

Ayuh mengurus informasi COVID-19 dengan bijak! Sebarkan info sahih, elakkan info palsu. Sertai Pertandingan Video Pendek dan Poster anjuran Video Innovation Club, Universiti Kebangsaan Malaysia bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekarang dan menangi hadiah menarik!

Kongsikan idea menarik anda kepada kami mengenai cara pengurusan maklumat COVID-19 secara bijak di media sosial. Penyertaan adalah percuma. Terbuka kepada semua pelajar IPTA/IPTS dan pelajar sekolah.

Maklumat pertandingan :

Kategori :
1. Video Pendek (2-5 minit) : IPT dan Sekolah
2. Poster : Terbuka

Tarikh Tutup Penyertaan : 31 Mei 2020

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan Facebook seperti berikut:
https://www.facebook.com/PertandinganVideoInovasi

Borang pendaftaran untuk pertandingan ini adalah seperti berikut:
https://docs.google.com/…/1FAIpQLSdZ7MJfF5Sq2jZR6R…/viewform

unnamed.jpg