PROGRAM : KUNJUNGAN PEDI :- AKTIVITI KEUSAHAWANAN SETEMPAT TARIKH : 07 DISEMBER 2022 MASA : 10.00 - 11.00 P.M LOKASI : KEDAI USAHAWAN PESERTA : KOMUNITI PEDI FELDA BUKIT BESAR |
Pada 07 Disember 2022, (Selasa) Rakan Digital Pusat Ekonomi Digital Bukit Besar Pn Shafiqah dapat meluangkan masa bersama Pn Jassila Binti Jaman peniaga tempatan merangkap Pengerusi AIM Bukit Besar bertanya khabar dan membincangkan perkara-perkara berkaitan demi Kemajuan usahawan-usahawan setempat.
Insya Allah, kami di Peringkat PEDi akan menyalurkan seberapa banyak info berkaitan keusahawanan bagi membantu peluang-peluang yang ada dan bakal diwujudkan terus kepada mereka yang berkaitan melalui Kerajaan Perpaduan yang ada sekarang.