Kendali Penipuan dengan 8 cara
1. Jangan Panik dan anda perlu bertenang
2. Jangan ikut arahan pemanggil
3. Jangan dedahkan maklumat peribadi
4.Cabar pemanggil untuk sahkan maklumat
5. Tulis butiran pemanggil (Nombor Talian dan Nama)
6. Putuskan panggilan
7. Laporkan panggilan
8. Kongsi pengalaman dengan keluarga dan rakan
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Pada era modenisasi ini, masyarakat perlu lebih berhati-hati dalam penggunaan telefon yang kian canggih dan "in trend", banyak para "scammer yang suka mengambil kesempatan untuk mencari jalan pintas untuk menghasilkan wang. Ribuan pengguna telah tertipu dengan helah yang telah dibuat oleh mereka. Oleh yang demikian, masyarakat perlulah berhati-hati dan lebih cakna mengenai hal ini terutama golongan tua yang sedikit ketinggalan dengan isu semasa dan senang ditipu dek kerana mereka percaya dengan helah yang dibuat. Oleh itu, marilah kita lebih cakna mengenai Cara Penipuan dan dapat mengelakkan diri dari ditipu oleh pihak 'SCAMMER' yang semakin berani ini.