Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Salah satu kepentingan amalan yang budi pekerti mulia ini adalah dapat mengelakkan perselisihan faham daripada berlaku dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Norma hidup bermasyarakat, kita mempunyai pelbagai ragam dan perangai yang mungkin selesa untuk kita tetapi tidak untuk sesetengah ahli masyarakat yang lain. Lebih-lebih lagi masyarakat yang tinggal di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang. Pepatah Melayu berkata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Hanya dengan kata-kata, pertikaman lidah boleh berlaku yang membawa kepada perkara yang lebih buruk. Maka, amalan berbudi bahasa secara jelas dapat mengelakkan salah faham daripada berlaku kerana terdapat unsur toleransi antara satu sama lain dalam berkomunikasi. Permasalahan yang berlaku dalam masyarakat juga boleh diselesaikan dengan harmoni apabila budaya ini diamalkan dalam percakapan setiap ahli masyarakat.
 
Follow facebook kami : Klik Dengan Bijak / Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Besar