MCMC sedang menjalankan soal selidik Kajian Kualiti Pengalaman Jalur Lebar 2023 (BQoES 2023) untuk mengumpul data berkaitan kualiti pengalaman pengguna terhadap perkhidmatan jalur lebar di Malaysia.
Soal selidik ini bermula dari 15 Julai hingga 31 Disember 2023. Setiap pengguna jalur lebar di Malaysia yang berumur 15 tahun dan keatas dijemput untuk menjawab soal selidik dalam talian dengan menggunakan kod QR atau di pautan https://survey.skmm.gov.my/efm/se/6D5CBBB63C1A6273.
Tujuan soal selidik ini adalah untuk pengumpulan data dan tiada sebarang data peribadi seperti nama penuh, kad kredit/debit atau maklumat bank akan dikutip bagi soal selidik ini.
Penyertaan adalah secara sukarela, walau bagaimanapun, kerjasama daripada orang ramai amat dihargai.
#BQoES2023
#MCMC
#survey