Tarikh : 29 November 2023
Masa : 8:00 petang - 6:00 petang
Lokasi : PICC PUTRAJAYA
Peserta : Pengurus, Penolong Pengurus dan Warga PEDi
TUJUAN:
Pada 29 November 2023, Pusat Ekonomi Digital telah mengadakan Program Persidangan PEDi Madani dengan kerjasama PEDi dan anjuran oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang diadakan di PICC Putrajaya. Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan dirasmikan oleh Perdana Menteri YAB Dato Seri Anwar bin Ibrahim. Selain itu, terdapat juga Pameran dari Usahawan-usahawan PEDi seluruh Malaysia yang berlangsung sepanjang Program. Sesi Perkongsian mengenai Usahawan dan PEDi juga sedikit sebanyak membantu Para Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi dalam menjalankan tugasan harian mereka di PEDi. Penolong Pengurus telah mewakili PEDi Felda Bukit Besar untuk menghadiri Persidangan PEDi di Putrajaya. Pelbagai ilmu dan pengalaman telah ditimba dan menaikkan lagi semangat untuk terus menyumbang Idea di PEDi.
 
AKTIVITI:
- Pameran :- Usahawan PEDi
- Sesi Masterclass
- Laporan Interim-Kajian Impak PEDi (Merdeka Centre)
- Perkongsian 1, 2 & 3
- Perasmian oleh Perdana Menteri
- Gimik PEDi
- Pocket Talk
- Anugerah PEDi Terbaik
- Anugerah Pengurus PEDi Terbaik
- Anugerah Penolong Pengurus PEDi Terbaik
- Anugerah Usahawan PEDi Terbaik