Tarikh : 14 Disember 2023
Masa : 8:00 pagi - 1:00 petang
Lokasi : SMK FELDA SEMENCHU KOTA TINGGI
Peserta : Pelajar Tingkatan 3
TUJUAN:
Pada 14 Disember 2023, Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Bukit Besar telah mewakili PEDi untuk Program Klik Dengan Bijak (KDB), STEM dan KITAR di Felda Semenchu Kota Tinggi. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Pelajar-Pelajar tentang kepentingan dan kefahaman mengenai KDB, STEM dan KITAR. KDB memberi pendedahan kepada Pelajar untuk Celik mengenai Penipuan Siber dan tidak salah guna Internet. Selain itu, Program KITAR juga menggalakan Pelajar untuk membuang barangan Elektrik, Gadget atau E-waste yang tidak digunakan di Pusat Kitar atau tempat yang berdaftar. Tahniah diucapkan kepada Para Pelajar yang mengikuti Program ini bekerjasama dengan PEDi dan Rakan Digital Kota Tinggi.
 
AKTIVITI:
- Pengenalan Ringkas Peranan PEDi
-Taklimat Klik Dengan Bijak
- Buli Siber & Maklumat Palsu
- Penerangan Mengenai Kitar
- Aktiviti (Permainan
- Penyampaian Cenderahati & Sesi Bergambar- 
- Sesi soal Jawab