Tarikh : 4 Januari 2024
Masa : 10:30:00 pagi - 12:30 petang
Lokasi : PEDi Felda Bukit Besar
Peserta : Pegawai Perangkaan (2 orang), Ketua Kampung 4 gugusan (5 orang) dan Petugas Pedi
TUJUAN:
Pada 4 Januari 2024, Petugas Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Besar telah membantu menyelaras Sesi Taklimat Ringkas PADU oleh En Mohamad Sharul bin Mohd Rosli, Pegawai Perangkaan Jabatan Negeri Johor. Sesi Taklimat Ringkas ini diadakan untuk memberi penerangan kepada Ketua Kampung Felda Bukit Besar, Felda Bukit Ramun, Felda Pasir Raja, Felda Sungai Sayong dan Kampung Rantau Panjang, agensi berdekatan dan Pengurus serta Petugas PEDi. Untuk makluman, Pangkalan Data Utama (PADU) mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara, permaustatin tetap di Malaysia. Selain, PADU ini juga untuk membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar dan proses membuat keputusan berpacukan data. Oleh itu, Taklimat ini adalah bertujuan untuk bekerjasama dengan Ketua Kampung untuk menggalakkan Kariah di kawasan tersebut untuk mendaftar PADU. Pendaftaran ini boleh dibuat sendiri, hadir ke Kaunter PADU atau ke kawasan PEDi berhampiran untuk mendapatkan bantuan.
 
AKTIVITI:
- Taklimat PADU
-  Sistem Padu
 
Anda boleh melayari Laman WEB tersebut untuk kemaskini PADU: