Tarikh : 29 September 2024
Masa : 09.00 - 12.30 p.m
Lokasi : NADI Felda Bukit Besar
Peserta : 19 orang

TUJUAN:

Assalamualaikum, pada 29 September 2024, di NADI Felda Bukit Besar telah mengadakanProgram CIPTA QR PAY DI NADI (29 Sep 2024/Ahad). Program ini merupakan kerjasama antara NADI dan MAYBANK untuk menggalakkan Usahawan menggunakan QR PAY dalam aktiviti Jual Beli Mereka.
Alhamdulillah lebih 10 orang berjaya Cipta QR. Bayaran secara QR Pay dapat menjimatkan masa dan memudahkan orang ramai. Terima kasih kepada Usahawan atas kerjasama yang diberikan dalam program Cipta QR Pay DuitNow. Selain itu terdapat juga aktiviti sampingan lain seperti Pendaftaran My Digital ID, pemeriksaan saringan kesihatan dan pendaftaran Ahli NADI .
Selepas program berlangsung, penerimaan dan respon rakan-rakan usahawan, individu dan Agensi yang hadir dalam program ini amat positif. Semoga tuan puan, adik akak yang hadir dapat memanfaatkan setiap ilmu dan nasihat digital kewangan yang diberikan oleh pegawai bertauliah dari wakil Institusi kewangan yang tidak jemu melayan telatah semua. NADI hanya perantara!