Celik IT : Khalidah Binti Kemin

  Umur      : 58 Tahun

  Ahli        : 2009

 

 

 

 

 

Latar Belakang 

Puan Khalidah Binti Kemin merupakan seorang guru Tabika Kemas Felda Bukit Besar.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan

Puan Khalidah mempunyai kemahiran komputer yang sederhana sahaja. Seorang individu yang berstatus ibu tunggal mampu mengimbangi kehidupan sehariannya dengan menggunakan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan 

Setelah bergelar ahli Pusat Internet dan diberikan pendedahan mengikuti kelas komputer secara percuma , beliau yang dulunya tidak tahu menggunakan Microsoft Word , kini lebih mengetahui asas Microsoft Word  dan kegunaanya. Beliau juga bijak menggayakan teknologi maklumat yang sedia ada untuk mencari maklumat seperti meningkatkan pengetahuannya untuk menggunakan komputer secara bijak.