FELDA BUKIT BESAR

Felda Bukit Besar merupakan sebuah kampung terletak di daerah Kota TinggiJohorMalaysia. Terletak di dalam gugusan Felda Taib Andak, ia di kelilingi oleh beberapa perkampungan felda yang lain seperti Felda Pasir RajaFelda Sungai Sayong dan Felda Bukit Ramun. Ia terletak di dalam kawasan Gugusan Taib Andak. Walaupun sesetengah tempat beralamatkan Kulai, namun ia masih dibawah pentadbiran daerah Kota Tinggi dimana ianya terletak di dalam mukim Ulu Sungai Johor. Kawasan ini terletak di dalam parlimen Tenggara dan dun Pasir Raja.

KEMUDAHAN

Kampung Felda Bukit Besar merupakan pusat bagi empat buah rancangan felda iaitu Felda Bukit Ramun, Felda Sungai Sayong, Felda Pasir Raja dan Kampung Rantau Panjang. Hal ini kerana Kampung Felda Bukit Besar mempunyai kelebihan infrastruktur yang dibina bagi kemudahan penduduk di sekitar kawasan Felda Bukit Besar. Kemudahan yang dibina yang tidak terdapat di kampung lain ialah kilang sawit, makmal penyelidikan, Balai Polis, sekolah menengah, Pejabat Pos, Klinik Kesihatan, Pusat Giat Mara dan PDK.

Oleh yang demikian, peluang pekerjaan lebih banyak terdapat di Kampung Felda Bukit Besar berbanding felda-felda yang lain. Dewan yang dibina juga bersaiz lebih besar berbanding dewan di felda yang berhampiran. Oleh itu banyak lawatan dan majlis dari pihak luar diadakan di Kampung Felda Bukit Besar.

 

KEUNIKAN

Apa yang membuatkan Felda Bukit Besar ini memberikan keunikan adalah dari segi poskod surat menyuratnya.Di mana sesetengah pihak menggunakan poskod untuk Bandar Tenggara,daerah Kulai dan daerah Kota Tinggi iaitu:

  • 81000 untuk daerah Kulai,
  • 81450 untuk Gugusan Taib Andak
  • 81390 untuk daerah Kota Tinggi.

 

PENTADBIRAN

Ditadbirurus oleh 6 orang kakitangan Felda untuk khidmat kemasyarakatan dan 6 orang kakitangan Felda Technoplant untuk urus tadbir ladang milik peneroka.Kakitangan ini juga merupakan tulang belakang di dalam pentadiran Felda Bukit Besar bagi memastikan masyarakat khususnya peneroka dan penerokawati mendapat segala faedah dan manfaat yang diberi oleh pihak FELDA.Walaupun mereka sering dicemuh oleh segelintir masyarakat terutamanya dari generasi kedua peneroka,mereka tetap memikul dan menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi.Pujian harus diberikan kepada mereka.