Kampung-Kulai.jpg

Kalau anda jenis yang sukakan sejarah, kehijauan alam semulajadi, fotografi, atau suka melihat seni bina lama, anda boleh melawat ke Kampung Putuo. Perkampungan cina yang lama dan unik ini sememangnya menjadi salah satu destinasi perlancongan yang popular di Kulai. Di antara tarikan yang ada di sini ialah Perkampungan cina lama, Taman buluh, Kuil cina lama dan Rumah orang tua. Kalau anda jenis sukakan fotografi, di sini anda akan mendapat banyak gambar yang cantik. Seolah-olah anda bercuti ke negara China. Untuk makluman anda, di Kampung Putuo terdapat sebuah rumah orang tua yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelawat. Bolehlah anda singgah di sini untuk beramah-mesra menghiburkan hari orang-orang tua yang kesunyian di sini. Kalau anda sempat, boleh belikan makanan atau buah-buahan sebagai buah tangan. Pastinya kedatangan anda akan menggembirakan penghuni di sini.