Sepanjang cuti sekolah bulan Mac 2017, Kami telah membuka kelas kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah menggunakan bilik belajar untuk membuat tugasan sempena cuti sekolah mereka dan ianya dikenali sebagai Program Pembelajaran Maya Frog (VLE). Hal ini demikian kerana, segala arahan tugasan, ujian berkenaan pelajaran akan dimuatnaik oleh guru-guru mereka ke  dalam portal Frog VLE ini. Jadinya, para pelajar ini telah memilih Pusat Internet 1 Malaysia untuk berbincang sesama sendiri dan menyiapkan tugasan yang diberikan.