Pada 19 Mac 2022 (sabtu), kelas keusahawanan asas komputer E-Poster mengunakan teknik Power Point telah dijalankan atas talian bersama komuniti. Kelas keusahawanan asas komputer E-Poster mengunakan teknik Power Point ini untuk membantu komuniti untuk design produk sendiri terutama golongan usahawan. Kelas ini telah dikendalikan Petugas Rakan Pupuk Felda Bukit Besar. Semoga kelas ini dapat memberi manfaat kepada semua para peserta terlibat.

Pada 8 March 2022 (Selasa), Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Besar (PEDi) telah melaksanakana Program Kerjasama PEDi bersama KEMAS Daerah Kota Tinggi dan Pusat Giat Mara Kulai. Program yang telah dijalankan ialah Program K-Komuniiti (Literasi Kewangan Komuniti). Program ini bertujuan untuk mendidik anak-anak Giat Mara supaya bijak dalam mengurus wang. Pada program ini juga, para peserta diberi penekanan tentang tiga (3) elemen penting dalam pengurusan wang yang bijak iaitu ‘Save, Spend and Share. Menerusi cara ini, murid-murid akan lebih mudah memahami tentang teknik menyimpan wang dengan cara mudah dan efektif. Oleh itu, Konsep yang diketengahkan iaitu “Save, Spend and Share” adalah sangat berguna dan mudah difahami pelajar sekolah. Melalui program begini, ia dapat membentuk tabiat pelajar untuk menguruskan wang dengan betul dari peringkat awal kerana melentur buluh perlulah dari rebungnya.

 

 

Dua lebih baik.
Pengesahan dua faktor dapat meningkatkan keselamatan akaun media sosial dan aplikasi pemesejan anda.
Aktifkan sekarang untuk mengelakkan anda menjadi mangsa penggodaman yang seterusnya!

#KekalSelamat
#MCMC
#SKMM
 

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia atau PEDi, bukan sahaja menyediakan kemudahan internet secara kolektif kepada orang ramai namun turut menyediakan latihan ICT dan keusahawanan. Menjelang Penghujung tahun ini terdapat sebanyak 1083 PEDi di seluruh negara yang boleh dimanfaatkan semua.
#MCMC
#PEDi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Bukit Besar telah menjalankan satu program dengan kerjasama Komuniti Tenggara. Program yang dijalankan ialah Mempelajari Asas Multimedia dan Media Sosial. Program ini dijalankan adalah untuk membantu komuniti untuk celik digital. Asas yang diberikan adalah memberi tunjuk ajar kepada Komuniti mengenai cara-cara mengedit video, menggunakan media sosial sebagai satu platform untuk mempromosi dan asas multimedia pada zaman sohor kini. Oleh itu, diharap komuniti dapat mempeljari sesuatu dari Program ini. Program ini dijalankan dengan 3 sesi berasingan. Selain itu, sepanjang program ini dijalankan, PEDi Felda Bukit Besar memastikan SOP dipatuhi dan peserta telah divaksin. 
Terima kasih.
#SOPdipatuhi
#pedi
#kita jaga kita