PENGGUNAAN APLIKASI INTERNET BAGI PERSEDIAN PROSES P&P

TARIKH            : 26 OKTOBER 2017

MASA               : 9.00 PAGI – 12.15 TGH HARI

TEMPAT           : BILIK BELAJAR PI1M FELDA BUKIT BESAR

 

TUJUAN : Program seperti ini bertujuan untuk membantu Guru TABIKA KEMAS menyelaras tugasan dengan bantuan alat bantu jalur Lebar bagi persedian pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, sememangnya penggunaan medium seperti perisian komputer dapat mempelbagaikan lagi cara mengajar buat para guru-guru berkenaan.

KELEBIHAN AKTIVITI : Kelas ini dilaksanakan untuk memudahkan lagi guru-guru Tabika tersebut untuk menyelaras tugas yang diberikan agar lebih tersusun lagi.

 

KELAS EREZEKI BERSAMA WARGA FELDA BUKIT BESAR

TARIKH            : 6 OKTOBER 2017

MASA               : 8.45 PAGI – 12.30 TGH HARI

TEMPAT           : BILIK BELAJAR PI1M FELDA BUKIT BESAR

 

TUJUAN : Kelas ini dikendalikan oleh pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Besar untuk memberikan penerangan tentang cara pendaftaran asas program erezeki Yo Can do it selain dapat menerangkan fugsi sebenar kewujudan pusat internet untuk komuniti setempat. Malah, dapat menggalakkan komuniti tanpa mengira usia untuk menggunakan komputer sejajar dengan zaman IT sekarang ini yang mana semua kerja hanya dihujung jari.

KELEBIHAN AKTIVITI : Program seperti ini dapat menggalakan komuniti setempat agar membuat pendapatan sampingan dengan cara klik di platform yang disediakan. Kelas eRezeki ini adalah permulaan kepada mereka yang berminat dan kami sebagai wakil pusat eRezeki yang sah hanya membimbing cara pendaftaran asas dalam web eRezeki You Can Do It selain menerangkan serba sedikit platform yang mudah untuk menambah pendapatan.  Kelas ini dilaksanakan dengan tujuan memberi peluang kepada warga Felda Bukit Besar dan cucu peneroka Felda.