PEMBELAJARAN ONLINE MAYA FROG (VLE) DI PI1M FELDA BUKIT BESAR

 

TARIKH            : 25 MAC 2017

MASA               : 9.00 PAGI – 6.00 PETANG

TEMPAT           : BILIK BELAJAR PI1M FELDA BUKIT BESAR

 

TUJUAN : Program ini adalah bagi menggalakkan para pelajar sekolah rendah mahupun menengah supaya lebih mahir untuk menggunakan sistem pembelajaran maya iaitu “E-Learning Frog VLE”. Selain itu juga, dengan adanya kelas sebegini dapat memastikan mereka agar sentiasa “Up To Date” dan tidak ketinggalan dalam meningkatkan kemahiran Online terutama sekali dalam melaksanakan latihan yang diberikan oleh guru-guru mereka secara atas talian.

KELEBIHAN AKTIVITI : Program ini dilaksanakan pada cuti sekolah, oleh itu, para pelajar dapat mengisi masa lapangnya dengan menyiapkan tugasan sekolah mereka di PI1M dengan suasana yang lebih selesa dan tenang. Hal ini demikian kerana, mereka akan diasingkan dengan User yang lain (bilik belajar) malah petugas juga mampu membimbing pelajar berkenaan dari segi microsoft office, membuat cetakan, proses menaip dan lain-lain.

GAMBAR AKTIVITI DISINI