Tarikh : 29 dan 30 Ogos 2019
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah malam
Lokasi : Dewan Felda Bukit Besar
Peserta : Lebih 50 orang

Tujuan

Rakan Dashboard Komuniti PI Bukit Besar telah bersama-sama menjayakan Program Kampung Bukit Besar ( D'Ambang Merdeka). 

Aktiviti

Program 2 hari ini telah dianjurkan Oleh Kumpulan Kugiran Bukit Besar dan kerjasama dari pelbagai agensi Kampung. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya Mewarna, Pakaian beragam, konvoi basikal & motosikal, Gubahan, Gusti lengan, pingpong, karaoke dan persembahan Kugiran.

Gambar Disini

Tarikh : 28 dan 29 Ogos 2019
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Bilik Belajar Pusat Internet Felda Bukit Besar
Peserta : 20 orang

Tujuan

PI telah bekerjasama dengan Pusat Internet Desa (PID) dalam melaksanakan Program Keusahawan dalam Talian dan Membina Resume bagi tujuan Permohonan pekerjaan bagi Pelajar Pusat Giat Mara Kulai Johor. 

Aktiviti

Semoga Pelajar-pelajar ini mendapat manfaat dalam kursus selama dua hari ini. Terima Kasih Pn Noraini (Petugas PID Bandar Tenggara) atas kerjasama yang terjalin. Semoga kita dapat bekerjasama dalam program-program akan datang.

Gambar Disini

Tarikh : 17 Ogos 2019
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Bilik Belajar Pusat Internet Felda Bukit Besar
Peserta : 7 orang

Tujuan

Petugas telah mengajar pelajar-pelajar Sekolah Menengah menggunakan Dashboard Komuniti dengan tajuknya tentang artikel kemerdekaan. bertujuan memebina kreativiti kepada pelajar-pelajar tentang kemerdekaan.

Aktiviti

Pelajar kategori Sekolah menengah telah menggunakan aplikasi Dashboar Komuniti selaras peredaran dan perubahan teknologi tidak semestinya semangat kemerdekaan itu luntur.

Gambar Disini

Tarikh : 13 dan 14 Ogos 2019
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Di Sekitar Komuniti Setempat
Peserta : Lebih 40 orang

Tujuan

Petugas telah mengedarkan flyers promosi Siaran Tv Digital Mytv kepada penduduk setempat untuk memberitahu tiada siaran analog selepas ini.

Aktiviti

Promosi ini giat dijalankan di seluruh negeri kerana wilayah selatan dan wilayah tengah telah ditutup bagi rumah-rumah yang masih menggunakan siaran analog.

Gambar Disini

Tarikh : 26julai 2019
Masa : 3.00 petang - 5.30 petang
Lokasi : Bilik Belajar Pusat Internet Felda Bukit Besar
Peserta : 7 orang

Tujuan

Petugas telah mengajar pelajar-pelajar Sekolah Menengah menggunakan Microsoft Power Point dengan tajuknya "manupoltion Image". bertujuan memebina kreativiti untuk mengedit gambar yang tertuntu dengan menggunakan bentuk-bentuk pada power point tersebut.

Aktiviti

Pelajar kategori Sekolah menengah telah mempelajari teknik Menggunakan Office Power Point 'advance' (manipulasi gambar). Semoga ilmu ini dapat digunakan kepada perkara yang positif dan bukan untuk tujuan manipulasi sesuatu yang tidak baik.

Gambar Disini