PEMBELAJARAN ONLINE MAYA FROG (VLE) DI PI1M FELDA BUKIT BESAR
TARIKH : 25 MAC 2017
MASA : 9.00 PAGI – 6.00 PETANG
TEMPAT : BILIK BELAJAR PI1M FELDA BUKIT BESAR
TUJUAN : Program ini adalah bagi menggalakkan para pelajar sekolah rendah mahupun menengah supaya lebih mahir untuk menggunakan sistem pembelajaran maya iaitu “E-Learning Frog VLE”. Selain itu juga, dengan adanya kelas sebegini dapat memastikan mereka agar sentiasa “Up To Date” dan tidak ketinggalan dalam meningkatkan kemahiran Online terutama sekali dalam melaksanakan latihan yang diberikan oleh guru-guru mereka secara atas talian.
KELEBIHAN AKTIVITI : Program ini dilaksanakan pada cuti sekolah, oleh itu, para pelajar dapat mengisi masa lapangnya dengan menyiapkan tugasan sekolah mereka di PI1M dengan suasana yang lebih selesa dan tenang. Hal ini demikian kerana, mereka akan diasingkan dengan User yang lain (bilik belajar) malah petugas juga mampu membimbing pelajar berkenaan dari segi microsoft office, membuat cetakan, proses menaip dan lain-lain.
KENALI PI1M BERSAMA GURU-GURU TABIKA KEMAS
TARIKH : 08 FEBRUARI 2017
MASA : 11.00 PAGI – 1.00 PETANG
TEMPAT : BILIK BELAJAR PI1M FELDA BUKIT BESAR
TUJUAN : Aktiviti ini adalah berikutan pada masa kini kakitangan kerajaan tidak lari menggunakan sistem yang menggunakan perisian computer dan sambungan internet. Oleh hal yang demikian, PI1M Felda Bukit Besar sebagai medium perantaraan guru-guru tabika kemas dengan jabatan masing-masing. Kelasa ini dilaksanakn bagi membeolehkan semua peserta yang terlibat mahir dalam menggunakan aplikasi yang sedia ada. Petugas akan membantu guru terlibat membuka aplikasi berkaitan, dan membantu menggunaakannya dengan cara yang betul dan berkesan.
KELAS BIMBINGAN MICROSOFT OFFICE PELAJAR GIAT MARA KULAI
TARIKH : 05 FEBRUARI 2017
MASA : 2.00 PETANG – 5.00 PETANG
TEMPAT : BILIK BELAJAR PI1M FELDA BUKIT BESAR
TUJUAN : Kelas ini dikendalikan Oleh Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Besar bagi membantu pelajar baru Pusat Giat Mara bagi sesi kemasukan pelajar tahun 201 dalam menyediakan tugasan Awal mereka sebagai persedian memasukan sesi baru.
KELEBIHAN AKTIVITI : Kelas ini dilaksanakan dengan sesi pengenalan kepada asas Microsoft Office, cara menaip dengan betul, pembentangan dan cara menggunakan peralatan computer misalnya mencetak dokumen, fotostat dan lain-lain.
KLIK DENGAN BIJAK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PADA CUTI SEKOLAH
TARIKH : 02 FEBRUARI 2017
MASA : 3.00 PETANG – 5.00 PETANG
TEMPAT : BILIK BELAJAR PI1M FELDA BUKIT BESAR
TUJUAN : Program ini adalah bagi menggalakan komuniti untuk lebih mengenali peranan PI1M dan “Job Scpoe” petugas sekaligus mendedahkan pentingnya keselamatan Internet kepada pengguna terutama golongan pelajar. Program yang dijalankan antaranya Klik Dengan Bijak (KDB), penerangan Dashboard Komuniti (DK) PI1M kuiz KDB dan Dasboard dan sesi penyampaiaan cenderahati kepada peserta.
KELEBIHAN AKTIVITI : Pendedahan tentang peranan dan tugas petugas PI1M untuk mempromosikan aktiviti PI1M yang sedia ada mahupun yang dirancang. Selain itu, memberi peluang kepada peserta mengenai kemudahan-kemudahan internet yang boleh digunakan untuk membantu pelaksanaan aktiviti yang lebih berkesan.
KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA WARGA OKU FELDA BUKIT BESAR
TARIKH : 19 JANUARI 2017
MASA : 8.30 PAGI – 1.00 PETANG
TEMPAT : PUSAT LATIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) FELDA BUKIT BESAR
TUJUAN : Program seperti ini bertujuan untuk menggalakan komuniti setempat agar lebih berhati-hati dalam menggunakan kemudahan internet dan laman-laman sesawang yang berkaitan. Selain itu juga, program ini juga mampu memupuk semangat kekeluargaan antara petugas dan warga kerja PDK Felda Bukit Besar. Diharapkan dengan adanya modul KDB seperti ini mampu melatih sesiapa sahaja agar bijak ketika menggunakan internet.
ATUR CARA : Pendaftaran Peserta -Taklimat Dashboard -Praktikal penggunaan aplikasi Dashboard terlibat - Klik Dengan Bijak (KDB).