Tarikh : 3 November 2018
Masa : 3.00 petang - 5.30 petang
Lokasi : Bilik Belajar Pusat Internet Felda      Bukit Besar
Peserta : 5 0rang

Tujuan

Pengunaan aplikasi Dashboard iaitu Myshop bertujuan untuk mempromosi produk-produk Marykay.

Aktiviti

Pusat Internet telah bekerjasama dengan salah seorang beauty consultant dari Marykay iaitu Cik Nurul Hajar. Beliau mengajar sesi penjagaan kulit wajah, bibir dan mata dengan penggunaan yang betul. Selain itu, penggunaan aplikasi Dashboard iaitu Myshop dapat promosikan produk2 marykay.

Gambar Disini

Tarikh : 5 November 2018
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Ruang User dan Bilik Belajar Pusat Internet Felda      Bukit Besar
Peserta : 34 0rang

 

Tujuan

Petugas-petugas Pejabat Felda Zon Taib Andak  telah menggunakan perkhidmatan Pusat Internet bagi melaksanakan Sistem TASKFORCE HRMIS 2.0 (SKT 2018).

Aktiviti

Petugas-petugas Pejabat Felda menggunakan perkhidmatan Komputer untuk melaksanakan Sistem TASKFORCE HRMIS 2.0 (SKT 2018) mereka. Petugas Pusat Internet telah membantu bagi melancarkan program yang dirancang.

Gambar Disini

Tarikh : 11 Oktober 2018
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi : SK Sungai Telor Kota Tinggi, Johor
Peserta : 37 orang

 

Tujuan

Program yang dianjurkan Oleh PIBG SK Sg Telor, dan dibantu oleh PI Srijaya, PI Bukit Besar, PI Petri Jaya & PI Batu Ampat. Program ini telah selamat disempurnakan Oleh En Azmir Bin Md Rasuki (Penghulu Mukim Uu Sungai Johor). Turut Hadir Pengerusi PIBG Sk Sg Telor Kota Tinggi. Kelas ini dikendalikan oleh pengurus Pusat Internet untuk Menggalakan pelajar untuk mengenali dan memahami fugsi Asas Pusat Internet. Selain itu dapat menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan komputer sejajar dengan zaman IT sekarang ini yang mana semua kerja hanya dihujung jari.

Aktiviti

Pendedahan tentang peranan dan tugas petugas Pusat Internet dan mempromosi aktiviti Pusat Internet yang sedia ada mahupun yang dirancang selain memupuk semangat cinta akan ilmu berkaitan ict. Disamping itu juga, kelas ini dapat merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar bandar dan desa dengan menyediakan ruang masyarakat melibatkan diri melalui komunikasi maya dan penggunaan aplikasi teknologi maklumat.

Gambar Disini

Tarikh : 22 Oktober 2018
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Bilik Belajar Pusat Internet Felda Bukit Besar
Peserta : 4 orang

 

Tujuan

Para pelajar ini menggunakan segala kebaikkan yang ada di Pusat Internet ini dengan sebaiknya. Mereka membuat kerja khusus mata pelajaran perniagaan yang diberikan oleh guru di Bilik Belajar Pusat Internet. 

Aktiviti

Kelas ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu para pelajar SMKSA mendapatkan maklumat dengan betul dan membuat kerja khusus menggunakan microsoft word dengan tunjuk ajar daripada petugas.

Gambar Disini

Tarikh : 9 & 10 Oktober 2018
Masa : 12.00 Tengahari - 4.00 Petang 
Lokasi : Bilik Belajar Pusat Internet Felda Bukit Besar
Peserta : 6 orang

Tujuan

Prorgam Bersama Guru Tabika KEMAS dalam melaksnakan Kemaskini Pentaksiran Murid bagi Tahun 2018.

Aktiviti

Program ini bagi membantu guru-guru tabika kemas bagi mengemaskini pentaksiran murid. Petugas banyak membantu untuk menolong guru-guru menggunakan microsoft excel.  

Gambar Disini