SAMBUTAN AMBANG MERDEKA KERJASMA PI1M DAN AGENSI SEKITAR  FELDA BUKIT BESAR

TARIKH            : 30 JULAI 2017

MASA               : 3.00 PETANG – 12.30 PAGI

TEMPAT           : DATARAN ORANG RAMAI KG FELDA BUKIT BESAR

 

TUJUAN : Program seperti ini bertujuan untuk menggalakan komuniti setempat agar lebih menghayati, mengenang dan memperingati erti kemerdekaan Negara yang ke-60 yang sebenar. Disamping itu juga pengunjung didedahkan dengan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti semangat kerjasama dan pelbagai program-program yang telah dijalankan.

VIP TERKIBAT : Tuan Haji Raya Bin Rabu (Ketua Kampung Felda Bukit Besar), En Abdullah Bin Mad Ali (Pengurus Felda Bukit Besar)

ATUR CARA : Pendaftaran Peserta – Sukaneka -Pameran Motosikal Klasik -Pertandingan Pakaian Jalur Gemilang -Mewarna Kanak-kanak –Kugiran –Cabutan No. Bertuah.

 

MELAKSANAKAN KERJA KURSUS DAN UPDATE RESUME LEPASAN SEKOLAH DAN PELAJAR SEKOLAH

TARIKH            : 25 OGOS 2017

MASA               : 9.00 PETANG – 12.15 TGH HARI

TEMPAT           : BILIK BELAJAR PI1M FELDA BUKIT BESAR

 

TUJUAN : Program seperti ini bertujuan untuk menggalakan belia terutamanya kepada pelajar sekolah dan lepasan SPM dengan menggunakan ICT sebagai medium alat bantu bagi mendapatkan peluang pekerjaan dan pemudah cara menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru kepada pelajar.

KELEBIHAN AKTIVITI : Kelas ini dilaksanakan dengan sesi pengenalan kepada asas Microsoft Office, cara menaip dengan betul, pembentangan dan cara menggunakan peralatan computer misalnya mencetak dokumen, dan lain-lain. Pendedahan tentang peranan dan tugas petugas PI1M dan mempromosi aktiviti PI1M yang sedia ada mahupun yang dirancang selain memupuk semangat cinta akan ilmu berkaitan ICT.

 

AKTIVITI GAME “KAHOOT” BERSEMPENA PROGRAM LITERASI DASHBOARD KOMUNITI PI1M

TARIKH               : 28 JULAI 2017

MASA                  : 10.00 PAGI – 5.00 PETANG

TEMPAT               : RUANGPI1M FELDA BUKIT BESAR

 

TUJUAN : Dapat mengeratkan hubungan masyarakat setempat kerana, permainan online ini boleh dimainkan seramai yang mungkin dalam satu-satu masa. Soalannya juga adalah berkenaan persekitaran kampung dan program sahaja.

PESERTA :

-JKKK

-Ibu Bapa

-Guru Tabika

-Warga Penduduk Kawasan Felda Bukit Besar

 

PERASMIAN PI1M FELDA BUKIT BESAR SEBAGAI WAKIL PUSAT E-REZEKI DAERAH KOTA TINGGI  

TARIKH               : 28 JULAI 2017

MASA                  : 8.00 PAGI – 5.30 PETANG

TEMPAT               : BILIK BELAJAR PI1M FELDA BUKIT BESAR Dan RUANG LEGAR PI1M

                               SEMPENA PERASMIAN E-REZEKI

 

TUJUAN : Pemberitahuan kepada masyarakat umum berkenaan PI1m Felda Bukit Besar adalah wakil rasmi pusat E-Rezeki

PESERTA : Warga Penduduk Felda Bukit Besar dan Warga Berdekatan

KELEBIHAN AKTIVITI: Dapat menggalakkan para pengunjung yang hadir untuk menyertai program E-Rezeki “You Cant Do It”. Disamping itu, petugas dapat memberikan sedikit penerangan dan fungsi berkenaan aplikasi Dashboard Komuniti Pi1M. 

GAMBAR AKTIVITI DISINI

 

KERJASAMA PI1M BERSAMA PDK FELDA BUKIT BESAR SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

TARIKH               : 19 JULAI 2017

MASA                  : 8.00 PAGI – 12.00 TGH HARI

TEMPAT               : DEWAN RAYA FELDA BUKIT BESAR

 

TUJUAN : Program ini adalah anjuran Pusat Dalam Komuniti Felda Bukit Besar dan disertai PI1M Sebagai rakan Strategik dalam menyampaikan segala Info yang Releven kepada warga dan Komuniti PDK Peringkat Daerah Kota Tinggi Disamping Jamuan Hari Raya.

PESERTA :

-Warga PDK Daerah Kota Tinggi

-JKKK

-Pejabat Dun Pasir Raja

Ibu Bapa PDK

-Pegawai Daerah Kota Tinggi

 

KERJASAMA PDK DALAM MENGGUNAKAN APLIKASI DASHBOARD (MY SHOP) PI1M SEBAGAI MEDIUM PEMASARAN PRODUK MEREKA

 

TARIKH            : 30 MEI 2017

MASA               : 8.00 PAGI – 12.00 TGH HARI

TEMPAT           : PDK FELDA BUKIT BESAR

 

TUJUAN : Menggalakkan agensi yang berkaitan dan mempunyai produk jualannya sendiri seperti PDK ini untuk menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti (My Shop) sebagai medium mempromosikan produk.

KELEBIHAN AKTIVITI : Petugas PI1M dapat memperkenalkan aplikasi ini lebih meluas lagi disamping  dapat menerangkan secara terperinci penggunaan Dashboard Komuniti ini.

 

 

KERJASAMA PI1M BERSAMA TABIKA KEMAS DALAM PROGRAM “TABIKA BERSELAWAT

 

TARIKH            : 25 MEI 2017

MASA               : 9 PAGI – 11.00 PAGI

TEMPAT           : TABIKA KEMAS FELDA BUKIT BESAR

 

TUJUAN : Program ini adalah anjuran Tabika KEMAS Felda Bukit Besar dan telah dijalankan serentak di seluruh Tabika Negeri Johor. Program sebegini mampu untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesame komuniti disamping dapat menggalakkan kanak-kanak untuk terus menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Besar. 

Para peserta terdiri daripada warga penduduk kawasan Felda, AJK TABIKA, Ibu Bapa Murid, guru-guru Tabika. Tetamu VIP yang hadir adalah YB Tuan Hj Sidek Bin Sarman, Pengerusi Tabika Kemas Felda Bukit Besar.

 “MY HEALTH” WALK IN AND CHECK UP

 

TARIKH            : SEPANJANG BULAN JUN

MASA               : 9.00 PAGI – 5.00 PETANG

TEMPAT           : PI1M FELDA BUKIT BESAR

 

TUJUAN : Menggalakkan komuniti setempat untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala di PI1M Felda Bukit Besar.

AKTIVITI : Pemeriksaan tekanan darah ini adalah percuma…selepas petugas menjalankan pemeriksaan ke atas komuniti, mereka dapat melihat tahap kesihatan mereka di “smartphone” masing-masing setelah memuat naik aplikasi DASHBOARD KOMUNITI (DK).

 

KELAS ASAS INTEL EASY STEP

 

TARIKH            : 1 JUN 2017

MASA               : 11.00 PAGI – 1.00 PETANG

TEMPAT           : BILIK BELAJAR PI1M FELDA BUKIT BESAR

 

TUJUAN : Pada 1 JUN 2017 Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Bukit Besar telah menjalankan kelas"Intel Easy Step" bagi golongan sekolah menengah dan belia setempat. Didalam kelas ini,   peserta dapat mempelajari software yang berguna seperti Microsoft Office (word, power point, excel). Kesimpulannya, dengan kelas dan sijil yang diperolehi ini, akan menjadi nilai tambah kepada seseorang itu apabila memasuki ke alam pekerjaan mahupun kepada mereka yang menginginkan peningkatan kerjaya yang lebih baik lagi. Mereka sudah selesai mendapatkan sijil daripada kami... Anda bagaimana? Mari ke PI1M dan bertanyakan kepada petugas untuk mendapatkan sijil INTEL berkenaan.

KELEBIHAN AKTIVITI :Menggalakkan komuniti setempat untuk menyertai kelas asas “INTEL EASY STEP”. Disamping itu, petugas dapat memberikan sedikit penerangan yang lebih mendalam semasa kelas ini dilaksanakan.

GAMBAR AKTIVITI DISINI

 

KERJASAMA KARNIVAL SUKAN DAN KEBUDAYAAN KG. FELDA BUKIT BESAR

 

TARIKH            : 22 APRIL 2017

MASA               : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG

TEMPAT           : PADANG AWAM FELDA BUKIT BESAR

 

TUJUAN : Program ini adalah anjuran Pemuda UMNO Felda Bukit Besar. Walaubagaimanapun, petugas PI1M telah mengambil peluang ini untuk bekerjasama menjayakan program ini dengan menjalankan pelbagai aktiviti sampingan contohnya mempromosikan Dashboard Komuniti PI1M. Program ini telah dirasmikan oleh YB DATO’ SRI DR ADHAM BIN BABA, ADUN Pasir Raja.

KELEBIHAN AKTIVITI : Petugas PI1M dapat memperkenalkan aplikasi ini lebih meluas lagi disamping  dapat menerangkan secara terperinci penggunaan Dashboard Komuniti ini kepada umum. Dengan cara sebegini juga dapat meningkatkan bilangan komuniti yang telah memuatnaik aplikasi Dashboard Komuniti di smart phone masing-masing.

Para peserta terdiri daripada warga penduduk kawasan Felda, AJK JKKK, Kelab J-Robik, Persatuan Belia (MBFM) Felda Bukit Besar, dan juga PEMUDA  UMNO Felda Bukit Besar.

GAMBAR AKTIVITI DISINI