Tarikh | : 27 jun 2020 |
Masa | : 3.00 petang - 6.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Bukit Besar |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Pada hari ini Sabtu 27 hb Jun 2020 Cik Ain (bukan nama sebenar) merupakan pelajar Tingkatan 6. Adik ini sering menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet Bukit Besar, selain menggunakan perkhidmatan jalur lebar secara Percuma.
Aktiviti
Beliau sering mendapatkan khidmat nasihat dari petugas sebab kakak petugas ada pengalaman di form6 sama seperti beliau. Semoga adik berjaya menggapai apa yang ingin dicapai dalam pelajaran. Teruskan usaha anda.
Tarikh | : 25 jun 2020 |
Masa | : 10.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Bukit Besar |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Pada 25 Jun 2019 (Khamis) pengguna ini yang dikenali Cik Milah (bukan nama sebenar) telah mendapatkan khidmat bantuan petugas untuk untuk menyelaras bagi beliau menduduki peperiksaan Online untuk menjadi agen Takaful.
Aktiviti
Semoga berjaya dalam peperiksaan yang diambil dan dapat membantu ramai orang dalam memiliki perlindungan takaful sekiranya sudah menjadi agen yang sah nanti!
Tarikh | : 10 jun 2020 |
Masa | : 10.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Bukit Besar |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Membantu petugas-petugas dari GPW Felda Bukit Besar untuk menaip laporan mengikut SOP yang ditetapkan.
Aktiviti
Walaupun PKPP masih perlu dipatuhi dengan SOP yang wajib dilaksanakan, kami akan tetap membantu sebagai pemudah cara kepada warga komuniti tidak kira siapa anda!
Tarikh | : 19 jun 2020 |
Masa | : 10.00 pagi - 11.00 pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Bukit Besar |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Membantu En Affendi merupakan warga OKU mendapatkan bimbingan petugas untuk membuat pendaftaran My Sejahtera.
Aktiviti
Tahniah En Affendi kerana telah berjaya memasang aplikasi My Sejahtera seterusya memudahkan urusan beliau untuk berkunjung ke Premis-premis yang menggunakan aplikasi ini selain membantu pihak KKM bagi membendung Covid -19 di Malaysia.
Tarikh | : 3 mac 2020 |
Masa | : 10.00 pagi - 3.00 petang |
Lokasi | : Bilik Belajar Pusat Internet Felda Bukit Besar |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan
PI telah bekerjasama dengan Pusat Internet Desa (PID) dalam melaksanakan Program Keusahawan dalam Talian dan Membina Resume bagi tujuan Permohonan pekerjaan bagi Pelajar Pusat Giat Mara Kulai Johor.
Aktiviti
Semoga Pelajar-pelajar ini mendapat manfaat dalam kursus selama dua hari ini. Terima Kasih Pn Noraini (Petugas PID Bandar Tenggara) atas kerjasama yang terjalin. Semoga kita dapat bekerjasama dalam program-program akan datang.