Tarikh : 28 ogos 2020
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengahari & 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Bukit Besar
Peserta : 10 orang

Tujuan

Pada 28 Ogos 2020 (Jumaat) Sesi Pagi ( Murid Sekolah Rendah) Sesi Petang (Murid Sekolah Menengah) telah selesai Pembelajaran kelas Membuat Poster.

Aktiviti

Antara aplikasi yang digunakan Postermywall, Canva dan Power Point bagi persediaan Pertandingan Mencipta Poster Pusat Internet Pemangkin Digital Komuniti Peringkat Nasional. Semoga Berjaya adik-adik.

Gambar Disini

Tarikh : 24 julai & 25 julai 2020
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Felda Bukit Besar
Peserta : 9 orang

Tujuan

Membantu usahawan-usahawan baru untuk menjual di platform Shopee dengan lebih mudah. 

Aktiviti

Belajar asas keusahawanan shopee dalam membantu usahawan-usahawan baru untuk kembangkan jualan di platform shopee.

Gambar Disini

selesai Kelas Asas usahawan dan Pemasaran dengan menggunakan Platform Shopee. Semoga bermanfaat untuk kakak, abang dan adik.
Selamat berjaya dalam bidang keusahawanan
yang diceburi.
Tarikh : 25 jun 2020
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Bukit Besar
Peserta : 1 orang

Tujuan

Pada 25 Jun 2019 (Khamis) pengguna ini yang dikenali Cik Milah (bukan nama sebenar) telah mendapatkan khidmat bantuan petugas untuk untuk menyelaras bagi beliau menduduki peperiksaan Online untuk menjadi agen Takaful.

Aktiviti

Semoga berjaya dalam peperiksaan yang diambil dan dapat membantu ramai orang dalam memiliki perlindungan takaful sekiranya sudah menjadi agen yang sah nanti!

Gambar Disini

Tarikh : 27 jun 2020
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Bukit Besar
Peserta : 1 orang

Tujuan

Pada hari ini Sabtu 27 hb Jun 2020 Cik Ain (bukan nama sebenar) merupakan pelajar Tingkatan 6. Adik ini sering menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet Bukit Besar, selain menggunakan perkhidmatan jalur lebar secara Percuma.

Aktiviti

Beliau sering mendapatkan khidmat nasihat dari petugas sebab kakak petugas ada pengalaman di form6 sama seperti beliau. Semoga adik berjaya menggapai apa yang ingin dicapai dalam pelajaran. Teruskan usaha anda.

Gambar Disini

Tarikh : 19 jun 2020
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Felda Bukit Besar
Peserta : 1 orang

Tujuan

Membantu En Affendi merupakan warga OKU mendapatkan bimbingan petugas untuk membuat pendaftaran My Sejahtera.

Aktiviti

Tahniah En Affendi kerana telah berjaya memasang aplikasi My Sejahtera seterusya memudahkan urusan beliau untuk berkunjung ke Premis-premis yang menggunakan aplikasi ini selain membantu pihak KKM bagi membendung Covid -19 di Malaysia.

Gambar Disini