Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Salah satu kepentingan amalan yang budi pekerti mulia ini adalah dapat mengelakkan perselisihan faham daripada berlaku dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Norma hidup bermasyarakat, kita mempunyai pelbagai ragam dan perangai yang mungkin selesa untuk kita tetapi tidak untuk sesetengah ahli masyarakat yang lain. Lebih-lebih lagi masyarakat yang tinggal di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang. Pepatah Melayu berkata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Hanya dengan kata-kata, pertikaman lidah boleh berlaku yang membawa kepada perkara yang lebih buruk. Maka, amalan berbudi bahasa secara jelas dapat mengelakkan salah faham daripada berlaku kerana terdapat unsur toleransi antara satu sama lain dalam berkomunikasi. Permasalahan yang berlaku dalam masyarakat juga boleh diselesaikan dengan harmoni apabila budaya ini diamalkan dalam percakapan setiap ahli masyarakat.
 
Follow facebook kami : Klik Dengan Bijak / Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Besar

Kendali Penipuan dengan 8 cara

1. Jangan Panik dan anda perlu bertenang
2. Jangan ikut arahan pemanggil
3. Jangan dedahkan maklumat peribadi
4.Cabar pemanggil untuk sahkan maklumat
5. Tulis butiran pemanggil (Nombor Talian dan Nama)
6. Putuskan panggilan
7. Laporkan panggilan
8. Kongsi pengalaman dengan keluarga dan rakan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Pada era modenisasi ini, masyarakat perlu lebih berhati-hati dalam penggunaan telefon yang kian canggih dan "in trend", banyak para "scammer yang suka mengambil kesempatan untuk mencari jalan pintas untuk menghasilkan wang. Ribuan pengguna telah tertipu dengan helah yang telah dibuat oleh mereka. Oleh yang demikian, masyarakat perlulah berhati-hati dan lebih cakna mengenai hal ini terutama golongan tua yang sedikit ketinggalan dengan isu semasa dan senang ditipu dek kerana mereka percaya dengan helah yang dibuat. Oleh itu, marilah kita lebih cakna mengenai Cara Penipuan dan dapat mengelakkan diri dari ditipu oleh pihak 'SCAMMER' yang semakin berani ini.

 

PROGRAM   : KERJASAMA AGENSI FELDA & PEDi  

TARIKH      : 12 APRIL 2023  

MASA         : 10.00 - 4.00 P.M 

LOKASI      : PEDI FELDA BUKIT BESAR 

PESERTA    : STAFF FELDA 

Pada 12 April 2023, PEDi Bukit Besar telah menyelaras beberapa orang Petugas Felda Berhampiran untuk menjalani peperiksaan dalam talian dari 'Open University' bagi menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah.
Bertuah mereka kerana zaman digital dan tanpa sepadan bagi sesetengan IPTA / IPTS mahasiswa yang ingin menyambung pelajaran tidak perlu lagi secara sepenuh masa dan tidak perlu menduduki peperiksaan di dewan peperiksaan cukup hanya di depan PC atau Komputer riba.
Gambar Di Sini

PROGRAM   : MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI FELDA BUKIT BESAR KERJASAMA
                      PEDi DAN AGENSI-AGENSI 

TARIKH      : 07 MAY 2023  

MASA         : 11.00 - 4.00 P.M 

LOKASI      : DEWAN RAYA FELDA BUKIT BESAR 

PESERTA    : PENDUDUK KAMPUNG FELDA BUKIT BESAR

AGENSI : PEDi FELDA BUKIT BESAR, JPKK, JKKR, GPW, MASJID ARRAHMAN,
                KOPERASI SRI JAYA, FELDA DAN FPM FLDA BKT BESAR, MBFM       
                DAN 
BELIA FELDA BUKIT BESAR  \

 

Pada 07 MEI 2023, PEDi Bukit Besar telah menyelaras program Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Felda Bukit Besar anjuran bersama jpkk, jkkr, GPW, Masjid Arrahman, dan lain-lain. PEDi Felda Bukit Besar membantu menyelaras keperluan fotostat dan print untuk kelangsungan Majlis Rumah Terbuka. Selain itu, kami juga turut serta berMarhaban dan Jamuan di Dewan Raya Bukit Besar.
Gambar Di Sini 

PROGRAM   : KELAS KEMAHIRAN FOTOGRAFI MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR  

TARIKH      : 16 MARCH 2023  

MASA         : 10.00 - 12.00 P.M 

LOKASI      : PEDI FELDA BUKIT BESAR 

PESERTA    : KOMUNITI SETEMPAT 

Pada16 Mac 2023 (Khamis). Petugas PEDi telah selesai menjalankan Program dan aktiviti kemahiran fotografi dengan telefon pintar yang telah dikendalikan oleh Pegawai Rakan Digital Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Besar
Aktiviti ini juga telah disertai oleh En Idris Abdullah bin Bahudin selaku Pengurus Rancangan Felda Bukit Besar, Usahawan dan NGO sekitar. Semoga menjadi Pelopor dan manfaat kepada usahawan terlibat mahupun yang ada di luar sana bagi mengaplikasikan teknologi digital sebagai alat bantu meningkatkan Jualan perniagaan yang diceburi.