Tarikh : 1 FEBRUARI 2024
Masa : 10:30 pagi - 4:00 petang
Lokasi : PEDi Felda Bukit Besar
Peserta : Penduduk Felda Sungai Sayong
Pada 1 Februari 2024, (Khamis), Petugas PEDi Felda Bukit Besar telahmenyertai ‘Road Tour’ PADU Kota Tinggi 2.0 bersama Jabatan Perangkaan Johor (DOSM) berkolabarasi bersama NGO terlibat, dengan  membuka kaunter Fizikal PADU di Masjid Ar- Ridhuan Felda Sg Sayong Kota Tinggi. Tahniah diucapkan kepada pengurusan Kampung , Pengurusan Masjid, komuniti sekitar yang telah mendaftar PADU, tidak lupa kepada mereka yang mengambil kesempatan mendapatkan info berkaitan PADU dan semua pihak yang menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung.
Tarikh : 19 FEBRUARI 2024
Masa : 10:30 pagi - 4:00 petang
Lokasi : Dewan Terbuka Felda Bukit Ramun
Peserta : 100 Orang Penduduk 
TUJUAN:
Pada 19 Februari 2024, Petugas Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Besar telah berkolaborasi dengan pihak DOSM bagi kelancaran Pendaftaran PADU di Dewan Terbuka Felda Bukit Ramun, Program ini telah mendapat sambutan yang meriah dari penduduk yang cakna mengenau kepentingan pendaftaran PADU. Ketua Kampung Felda Bukit Ramun, Encik Hazman telah memohon kepada pihak PEDi untuk memanggil pihak DOSM untuk membantu warga kampung untuk mendaftar kerana kebanyakan adalah warga emas yang tidak cakna pada Internet. Program ini berjalan dengan lancar dan petugas PEDi membantu serba sedikit bagi memudahkan urusan semua dalam pendaftaran PADU. 
 
AKTIVITI:
- PADU
Tarikh : 1 FEBRUARI 2024
Masa : 3:30 pagi - 5:00 petang
Lokasi : PEDi Felda Bukit Besar
Peserta : 2 Orang Pelajar OKU
TUJUAN:
Pada 1 Februari 2024, Petugas Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Besar telah mengadakan satu aktiviti bersama pelajar Komuniti Istimewa. Aktiviti tersebut merupakan Kuiz Asas STEM yang dijalan di PEDii Felda Bukit Besar. Syazwan dan Danisy merupakan komuniti Istimewa yang berstatus masalah dalam pembelajaran di mana mereka lambat untuk memahami setiap yang dipelajari, Namun, merupakan ahli Tetap PEDi yang sentiasa mengikuti Kelas/Aktiviti yang dianjurkan PEDi. Aktiviti Asas STEM ini mendedahkan mereka pembelajaran secara Digital dengan menggunakan Platform Quizziz dan Soalan-soalan mudah. Pihak PEDi berharap program ini dapat memberi nilai tambah dan manfaat kepada mereka berdua di samping lebih semangat untuk belajar.
“PEDi cakna kepada komuniti Istimewa”

AKTIVITI:
- Kuiz
- Quizziz
- Penyampaian Hadiah
Tarikh : 17 FEBRUARI 2024
Masa : 7:30 pagi - 1:00 petang
Lokasi : PEDi Felda Lokheng Selatan
Peserta : 230 Orang Penduduk 
TUJUAN:
Pada 17 Februari 2024, Petugas Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Besar telah berkolaborasi dengan PEDi Wilayah Selatan Kluster Kota Tinggi untuk Program "Hari Bersama Komuniti" , (AKRU 2023). Program Tahunan ini merupakan Program Besar-besaran bagi mempromosikan PEDi di samping beramah Mesra dengan komuniti PEDi yang menyokong PEDi selama ini. Pelbagai Agensi, Usahawan, Jualan, Pertandingan dan lain-lain telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Program ini mendapat sambutan ramai dari penduduk setempat di dalam dan luar. Antara agensi yang terlibat ialah Tabung Haji, DOSM, Unifi, Pejabat Tanah, Ar-Rahnu, SPNB dan Giatmara. Acara yang diadakan sepanjang Program HBK ini sukaneka, taklimat usahawan, taklimat agensi, Pameran PEDi/RD, Pameran Agensi, Booth Usahawan, dan Persembahan J Robik. Selain ini, Pertandingan yang dijalankan bagi memeriahkan lagi perjalanan program ini Soccer Robotik, STEM, Cetapult, E-Poster, Mewarna, Gubahan dan lain-lain. Program ini mendapat sambutan yang meriah dari warga Felda Lok Heng. 
 
AKTIVITI:
- Pameran Agensi
- Acara
- Pertandingan
- Penyampaian Hadiah
Tarikh : 10 Januari 2024
Masa : 9:30 pagi - 5:00 petang
Lokasi : PEDi Felda Bukit Besar
Peserta : Komuniti PEDi Felda Bukit Besar, Felda Bukit      Ramun, Felda Pasir Raja, Felda Sungai Sayong
TUJUAN:
Pada 10 Januari 2024, Petugas Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Besar telah membantu menyelaras Kaunter Fizikal dan penerangan PADU. Kaunter Fizikal ini terdiri daripada Pegawai Perangkaan Sendiri yang membantu komuniti untu Daftar PADU dengan lebih mudah terutama warga emas. Walaupun cuaca sepanjang hari ini kurang mengizinkan, komuniti sekitar berjaya menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk mendaftar di sistem PADU dan mendapatkan info berkaitannya. Ucapan Terima kasih tidak terhingga kepada semua petugas-petugas PEDi dan Pegawai dari Perangkaan Johor Bahru sepanjang program ini berlangsung. Oleh itu, Kepada yang belum mendaftar PADU, anda dinasihatkan untuk mendaftar sekarang untuk subsidi dan bantuan pada masa akan datang hasil dari kebertanggujawaban anda.
 
AKTIVITI:
- Kaunter Fizikal PADU
- Sistem Padu
 
Anda boleh melayari Laman WEB tersebut untuk kemaskini PADU: