Tarikh : 13 Oktober 2024
Masa : 09.00 a.m- 3.30 p.m
Lokasi : NADI Felda Bukit Besar
Peserta : Pelajar Sekolah

TUJUAN:

Pada 13 Oktober 2024, Petugas Nadi telah membantu NADI Kluster Kota Tinggi dan NADI Tenggara dalam Program Klik dengan Bijak Cybersafe Anjuran Pusat Sebaran Maklumat Nasional di Sekokah Menengah Tun Habab dan SMK Kota Jaya. Masih terdapat beberapa buah sekolah sepanjang bulan Oktober sehingga November Melibatkan Pelajar Sekolah Menengah dan Pelajar Sekolah Rendah.
Semoga dengan ilmu KDB seperti 'Cyber bully', 'Cyber Grooming' dan lain-lain yang disampaikan akan memberi panduan berguna untuk adik-adik di dunia internet tanpa sempadan pada masa kini.
Kesinambungan daripada program dengan keahlian percuma seumur hidup yang diberikan oleh pihak NADI , adik-adik boleh gunakan perkhidmatan NADI seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dengan harga yang murah selain mengikuti program di NADI secara percuma. Sila berurusan dengan pihak kami jika ada persoalan yang kurang pasti mengenai NADI.

AKTIVITI:
- KUIZ KDB
- PENGENALAN NADI
- AHLI PERCUMA NADI
Tarikh : 29 September 2024
Masa : 09.00 - 12.30 p.m
Lokasi : NADI Felda Bukit Besar
Peserta : 19 orang

TUJUAN:

Assalamualaikum, pada 29 September 2024, di NADI Felda Bukit Besar telah mengadakanProgram CIPTA QR PAY DI NADI (29 Sep 2024/Ahad). Program ini merupakan kerjasama antara NADI dan MAYBANK untuk menggalakkan Usahawan menggunakan QR PAY dalam aktiviti Jual Beli Mereka.
Alhamdulillah lebih 10 orang berjaya Cipta QR. Bayaran secara QR Pay dapat menjimatkan masa dan memudahkan orang ramai. Terima kasih kepada Usahawan atas kerjasama yang diberikan dalam program Cipta QR Pay DuitNow. Selain itu terdapat juga aktiviti sampingan lain seperti Pendaftaran My Digital ID, pemeriksaan saringan kesihatan dan pendaftaran Ahli NADI .
Selepas program berlangsung, penerimaan dan respon rakan-rakan usahawan, individu dan Agensi yang hadir dalam program ini amat positif. Semoga tuan puan, adik akak yang hadir dapat memanfaatkan setiap ilmu dan nasihat digital kewangan yang diberikan oleh pegawai bertauliah dari wakil Institusi kewangan yang tidak jemu melayan telatah semua. NADI hanya perantara!
Tarikh : 7 September 2024
Masa : 09.00 - 12.30 p.m
Lokasi : NADI Felda Bukit Besar
Peserta : Penduduk Kampung Felda Bukit Besar

TUJUAN:
Pada 7 September 2024, NADI Felda Bukit Besar telah membuka booth NADI di Acara Sukan Rakyat Johor yang berlangsung di Padang Awam Kg Felda Bukit Besar . Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah Kuiz KDB, Kuiz Kenali NADI, Promosi Program E-Waste, pendaftaran Ahli NADI dan bermacam- macam lagi. Tujuan Utama NADI membuka Booth ialah untuk mempromosi NADI dan memperkenalkan NADI kepada penduduk setempat serta galakan menggunakan Perkhidmatan yang ditawarkan di NADI Felda Bukit Besar.

AKTIVITI:
- Kuiz NADI dan KDB
- E-Waste
- Pendaftaran Ahli Baru NADI
Gambar Di Sini

Tarikh : 23 September 2024
Masa : 09.00 - 12.30 p.m
Lokasi : NADI Felda Bukit Besar / Nadi Tenggara
Peserta : 24 orang

TUJUAN:

Assalamualaikum, pada 26 September 2024, di NADI Felda Bukit Besar telah mengadakan Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang Video Pendek 30 saat sempena Hari Malaysia Peringkat NADI seluruh tenggara.
Kepada yang kurang berjaya jangan bersedih dan gundah gulana. Sekiranya ada rezeki, panjang umur ada anjuran NADI, + β€˜support’ dari YB Tn Hj Manndzri Hj Nasib lagi atau lain-lain anda semua boleh cuba lagi tahun hadapan InsyaAllah😊
Apa yang paling bermakna semangat menyambut Merdeka dan Hari Malaysia itu lebih penting & bernilai datang dari hati nurani para peserta yang mengambil bahagian.
NOTA: 8 pemenang dipilih dari 24 Orang peserta 
Untuk melihat Video & Keseluruhan pemenang sila Klik link di bawahπŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
Tarikh : 1 September 2024
Masa : 02.30 - 04.30 petang
Lokasi : NADI Felda Bukit Besar
Peserta : 2 Orang

TUJUAN:
Pada 1 September 2024, Petugas NADI telah membantu Puan Saliah dan Puan Nor dalam menggunakan Komputer untuk merekod dan membuat Laporan mengenai Khairat Kematian untuk Felda Bukit Besar. Petugas telah mencadangkan untuk menggunakan Excel untuk merekod segala Laporan , selain itu, dapat juga menghasilkan Laporan yang lebih bersistematik dan teratur. Seterusnya, mereka juga memanfaatkan ruang Nadi untuk bermesyuarat dan menyusun atur dokumen. Nadi sentiasa bersedia membantu dan menyediakan ruang yang selesa.

AKTIVITI:
- Penggunaan Komputer
- Belajar Asas Komputer
- Nadi X Kemahiran
Gambar Di Sini