Tarikh :16 September 2023
Masa : 9.15 pagi - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Besar
Peserta : 4 orang

Tujuan
Pada 16 September 2023, PEDi Felda Bukit Besar telah selesai dalam proses Perbaharui Semula Warna Cat yang telah kusam dan pudar dengan menjadikan ia lebih menarik. Hal ini dapat menarik komuniti untuk datang menggunakan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di PEDi seperti:-
- Penggunaan Komputer
- Kelas Usahawan
- Kelas Komuniti
- Kelas Komputer
- Membimbing Usahawan dan Komuniti
- Perkhidmatan Fotokopi
- IKS/EKS
- Perkhidmatan GDEX
- Laman Digital Outdoor
- Ekonomi Digital
- dan Lain-lain

Aktiviti
-Cat Semula PEDi
Gambar di Sini

Tarikh :18 September 2023
Masa : 9.15 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Besar
Peserta : 1 orang


Tujuan
Pada hari (Isnin), 18 September 2023,  PEDi Felda Bukit Besar telah membantu Adik Erliani Nur Rasyiqah bagi pendaftaran PTPTN dan bantuan mula sesi pertama di Universiti yang dibimbing oleh Petugas PEDi. Segala maklumat dan dokumen yang diperlukan telah lengkap. Semoga Adik Rasyiqah terus berjaya di menara gading sana.

Aktiviti
- Pendaftaran PTPTN
- Mengisi Bantuan Masuk Universiti seperti Baitulmal
- Fotostat dan Print Dokumen masuk ke Universiti
Gambar Di Sini

Tarikh :5 September 2023
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Besar
Peserta : 1 orang

Tujuan

Pada hari (Selasa), 5 September 2023,  PEDi Felda Bukit Besar telah menganjurkan Program Penyampaian Hadiah sempena Pertandingan Ucapan Kreatif tema Kemerdekaan. Oleh itu, kami telah menjemput peserta untuk hadir dalam sesi ini bagi menyampaikan hadiah kepada Para Pemenang. Encik Zainuddin telah hadir mewakili anak nya yang merupakan Johan Pertandingan Video Kreatif dan Pengurus telah menyampaikan hadiah berupa Wang Tunai dan Sijil kerana telah memenangi pertandingan ini.

Aktiviti

Sesi Penyampaian Hadiah
Sesi Beramah Mesra bersama komuniti Pedi

P/S : Dilampirkan link video sesi penyampaian hadiah dan video pemenang
https://youtu.be/HtAZnxGyGJ8

Gambar Di Sini

Tarikh : 6 & 7 September 2023
Masa : 9.00 petang - 6:00 petang
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Besar
 & Kawasan Felda Bukit Besar
Peserta

: 5 orang (Wakil Merdeka Centre) &
  Penduduk Kampung Felda Bukit Besar dan Sekitar

Tujuan
- Menjayakan Program Kaji Selidik terhadap kewujudan PEDi yang dilaksanakan Oleh Merdeka Starategic Development Centre sebagai Wakil rasmi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) yang dibuat secara rawak kepada komuniti setempat sama ada di dalam PEDi dan di luar PEDi
-Memastikan PEDi terus kekal relevan di masa-masa akan datang dalam menjadikan teknologi digital dan seumpamanya sebagai platform utama untuk membantu Komuniti setempat mendepani Revolusi Teknologi Keempat (IR4.0) pada masa-masa akan datang.

Aktiviti
-Sesi Pertanyaan dan Pengisian Borang
-Sesi temubual bersama komuniti
-Sesi Beramah Mesra bersama komuniti Pedi
Gambar Di Sini

PROGRAM   : MENYELARAS PROGRAM (MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SKBB)  

TARIKH      : 24 OGOS 2023  

MASA         : 08.00 - 11.00 P.M 

LOKASI      : SK BUKIT BESAR 

PESERTA    : MURID-MURID SKBB, IBU BAPA , GURU  

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 24 Ogos 2023 bersamaan hari (Khamis), PEDi Felda Bukit Besar telah bekerjasama dengan SK Bukit Besar bagi bersama-sama menyelaras dan menjayakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan SKKBB. Program ini dapat membantu pelajar untuk menyuntik semangat kemerdekaan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Selain itu, pelbagai aktiviti kemerdekaan dijalankan seperti Pertandingan kostum anak Pra sekolah, bersajak, lagu patriotik dan lakonan konsep kemerdekaan.
Selain itu, pihak PEDi juga mengucapkan Tahniah kepada adik-adik yang mengambil peluang dalam program ini. Oleh itu, Kami doakan agar adik-adik SKBB lebih semangat untuk sambung belajar dan semoga mereka semua berjaya dan lebih semangat kemerdekaan.