Tarikh : 21 April 2024
Masa :2:00 pagi - 5:00 petang
Lokasi : Bilik Belajar NADi Felda Buit Besar
Peserta : 3 Orang
TUJUAN:
- telah menyelaras penggunaan bilik Belajar untuk kegunaan warga Felda bagi menjawab peperiksaan sacara Online
- Pihak petugas memastikan Internet dalam keadaan baik dan Komputer berfungsi dengan baik untuk melancarkan pihak Felda bagi menjawab Peperiksaan OUM
 
 
AKTIVITI:
Penggunaan Bilik Belajar
- Menjawab Peperiksaan
 
Tarikh : 28 March 2024
Masa :11:00 pagi - 1:00 petang
Lokasi : PDPDK Aura Firdausi
Peserta : PDPDK
TUJUAN:
Pada 28 mARCH 2024, Nadi FELDA Bukit Besar turut menyemarakkan semangat kebersamaan dalam masyarakat dengan menganjurkan program tradisi memasak bubur lambuk setiap tahun sempena bulan Ramadan di PDPDK. Program ini bukan sekadar rutin tahunan, tetapi juga menjadi titik pertemuan bagi penduduk FELDA Bukit Besar untuk menyatukan hati dan tenaga dalam merapatkan ukhuwah sesama saudara seagama. Inilah saat di mana kami menghargai nilai-nilai kebersamaan, solidariti, dan kerjasama, serta mencipta suasana penuh kasih sayang dan keberkatan di bulan Ramadan yang mulia.
 
AKTIVITI:
- Memasak Bubur Lambuk
- Gootng royong
Gambar Di Sini
Tarikh : 15 March 2024
Masa : 2:00 pagi - 3:00 petang
Lokasi : Nadi Felda Bukit Besar/Perkarangan Nadi
Peserta : 1 Orang
TUJUAN:
Pada 15 Mac 2024, NADi Felda Bukit Besar telah memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada seorang Pelajar Pusat Latihan Dalam Komuniti (PDK) untuk meningkatkan kemahiran mengira melalui penggunaan YouTube. Dengan ini, kita dapat mengoptimumkan prestasi matematik pelajar PDK, menjadikan pembelajaran lebih efektif dan menarik melalui platform ini, dan menghasilkan bahan pembelajaran yang berkualiti. Sekain itu, ia juga dapat Memperbaiki pencapaian matematik pelajar Pusat Latihan Dalam Komuniti (PDK) melalui penggunaan YouTube sebagai alat pembelajaran utama.
 
AKTIVITI:
- Youtube
- Matematik
Gambar Di Sini
Tarikh : 1 March 2024
Masa : Setiap Hari
Lokasi : NADi Felda Bukit Besar
Peserta : Ahli dan Pengguna Perkhidmatan
 
Di era moden ini, NADi Felda Bukit Besar mengambil langkah proaktif untuk memudahkan urusan pembayaran dengan menggalakkan penggunaan kad ATM MyDebit serta QR code. Keutamaan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mewujudkan persekitaran tanpa tunai yang lebih efisien dan canggih di kalangan komuniti Felda.
Melalui pelaksanaan pembayaran dengan kad ATM MyDebit, pengunjung NADi Felda Bukit Besar dapat menikmati kemudahan dan keselesaan yang diberikan oleh kaedah pembayaran ini. Kaedah ini tidak hanya mempercepatkan proses pembayaran, tetapi juga memberikan pilihan yang selaras dengan tren pembayaran moden.
Selain itu, kami juga menggalakkan penggunaan teknologi QR code sebagai alternatif pembayaran yang lebih cekap. Dengan hanya mengimbas kod QR, pelanggan dapat melakukan pembayaran tanpa perlu mengeluarkan wang tunai, menjadikan pengalaman berbelanja di NADi Felda Bukit Besar lebih lancar dan bebas risiko.
Langkah-langkah ini sejajar dengan transformasi menuju masyarakat tanpa tunai, di mana kita dapat mengurangkan kebergantungan pada wang fizikal dan lebih memanfaatkan kemudahan teknologi. Ini bukan sahaja memberi kelebihan kepada pelanggan, tetapi juga meningkatkan kecekapan perkhidmatan di NADi Felda Bukit Besar.

"Mari bersama-sama memperkukuhkan amalan pembayaran tanpa tunai, menjadikan NADi Felda Bukit Besar sebagai destinasi perbelanjaan yang progresif dan selaras dengan perkembangan teknologi masa kini."

 
 
Tarikh : 2 March 2024
Masa : 9:00 pagi - 4:00 petang
Lokasi : Nadi Felda Bukit Besar/Perkarangan Nadi
Peserta : 150 Orang Penduduk Felda Berdekatan
TUJUAN:
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Berita gembira! Program Cashless @ NADi di NADi Felda Bukit Besar telah berlangsung pada 02 Mac 2024, Sabtu, dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Program ini, yang melibatkan kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysiaines (MCMC), FELDA, TM Bussiness, serta penyedia perkhidmatan kewangan seperti Maybank, TnG, TM, SakuPay dan Setel, menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran kesedaran bayaran tanpa tunai, permainan, dan jualan barangan dengan transaksi tanpa tunai.

Tempat yang dipilih, NADi Felda Bukit Besar, memberikan platform yang sempurna untuk menjayakan program ini. Kejayaan ini menunjukkan komitmen NADi Felda Bukit Besar dalam memastikan pelanggan mendapat pengalaman berbelanja yang lebih efisien dan canggih. Terima kasih kepada semua yang menyertai dan menyokong program ini.
Selain itu, tahniah kepada usahawan NADi yang turut terlibat dan telah membuka gerai mereka. Inisiatif ini membuktikan semangat usahawan tempatan untuk turut serta dalam transformasi menuju masyarakat tanpa tunai. Jom sertai kami di NADi Felda Bukit Besar untuk merasai pengalaman belanja yang lebih moden dan efisien. Kami berharap usaha ini terus memperkukuhkan amalan pembayaran tanpa tunai demi keselesaan dan kemudahan pelanggan kami. Terima kasih atas sokongan semua pihak.

AKTIVITI:
Taklimat dari TM Business
- Permainan Video Games
- Jualan Usahawan
- Dan Lain-lain
Gambar Di Sini