Tarikh : 4 Januari 2024
Masa : 10:30:00 pagi - 12:30 petang
Lokasi : PEDi Felda Bukit Besar
Peserta : Pegawai Perangkaan (2 orang), Ketua Kampung 4 gugusan (5 orang) dan Petugas Pedi
TUJUAN:
Pada 4 Januari 2024, Petugas Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Besar telah membantu menyelaras Sesi Taklimat Ringkas PADU oleh En Mohamad Sharul bin Mohd Rosli, Pegawai Perangkaan Jabatan Negeri Johor. Sesi Taklimat Ringkas ini diadakan untuk memberi penerangan kepada Ketua Kampung Felda Bukit Besar, Felda Bukit Ramun, Felda Pasir Raja, Felda Sungai Sayong dan Kampung Rantau Panjang, agensi berdekatan dan Pengurus serta Petugas PEDi. Untuk makluman, Pangkalan Data Utama (PADU) mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara, permaustatin tetap di Malaysia. Selain, PADU ini juga untuk membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar dan proses membuat keputusan berpacukan data. Oleh itu, Taklimat ini adalah bertujuan untuk bekerjasama dengan Ketua Kampung untuk menggalakkan Kariah di kawasan tersebut untuk mendaftar PADU. Pendaftaran ini boleh dibuat sendiri, hadir ke Kaunter PADU atau ke kawasan PEDi berhampiran untuk mendapatkan bantuan.
 
AKTIVITI:
- Taklimat PADU
-  Sistem Padu
 
Anda boleh melayari Laman WEB tersebut untuk kemaskini PADU:
Tarikh : 2 Januari 2024
Masa : 2:00 pagi - 4:00 petang
Lokasi : PEDi Felda Bukit Besar
Peserta : 7 Orang Murid SKBB
TUJUAN:
Pada 2 Januari 2024, Petugas Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Besar telah memberi tunjuk ajar dan pendedahan kepada Pelajar Sekolah Rendah Tahap 2 untuk memahami apakah itu Dunia STEM dan asas pembelajaran STEM yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan Murid menggunakan Platform Video di Youtube. Jadi, murid-murid tersebut cakna dan tahu bagaimana menggunakan komputer dan alat peranti dengan betul.
 
AKTIVITI:
- Youtube
- STEM
Tarikh : 14 Disember 2023
Masa : 8:00 pagi - 1:00 petang
Lokasi : SMK FELDA SEMENCHU KOTA TINGGI
Peserta : Pelajar Tingkatan 3
TUJUAN:
Pada 14 Disember 2023, Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Bukit Besar telah mewakili PEDi untuk Program Klik Dengan Bijak (KDB), STEM dan KITAR di Felda Semenchu Kota Tinggi. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Pelajar-Pelajar tentang kepentingan dan kefahaman mengenai KDB, STEM dan KITAR. KDB memberi pendedahan kepada Pelajar untuk Celik mengenai Penipuan Siber dan tidak salah guna Internet. Selain itu, Program KITAR juga menggalakan Pelajar untuk membuang barangan Elektrik, Gadget atau E-waste yang tidak digunakan di Pusat Kitar atau tempat yang berdaftar. Tahniah diucapkan kepada Para Pelajar yang mengikuti Program ini bekerjasama dengan PEDi dan Rakan Digital Kota Tinggi.
 
AKTIVITI:
- Pengenalan Ringkas Peranan PEDi
-Taklimat Klik Dengan Bijak
- Buli Siber & Maklumat Palsu
- Penerangan Mengenai Kitar
- Aktiviti (Permainan
- Penyampaian Cenderahati & Sesi Bergambar- 
- Sesi soal Jawab
Tarikh : 1 Januari 2024
Masa : 2:00 pagi - 4:00 petang
Lokasi : PEDi Felda Bukit Besar
Peserta : 1 Orang Komuniti PEDi
TUJUAN:
Pada 1 Januari 2024, Petugas Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Besar telah membantu seorang suri rumah sepenuh masa untuk menggunakan komputer. Komuniti tersebut belajar menggunakan 'Microsoft Word' dan telah dibantu petugas cara-cara asas menggunakannya serta menaip di aplikasi tersebut. Selain itu, petugas juga memberikan sedikit penerangan mengenai Chat GPT dan pentingkan penguasaan teknologi dan komputer pada zaman era serba moden kini. Walaupun Teknologi terkini kita telah terdedah dengan Teknologi Revolusi Industri 4.0 merangkumi Artificial Intelligence (AI), Robotic, Big Data, Simulasi, Integrasi Digital, Keselamatan Siber, Internet of things (IOT) dan Integrasi Digital. Namun, jika asas pengetahuan ICT dan Digital komuniti masih ditahap rendah, agak sukar untuk mereka mengaplikasikan IR 4.0 dalam kehidupan seharian.
 
AKTIVITI:
- Microsoft Word
- Chat GPT
Tarikh : 1 Disember 2023
Masa : 9:00 pagi - 6:00 petang
Lokasi : PEDi Felda Bukit Besar
Peserta : 2 Orang Usahawan PEDi
TUJUAN:
Pada 1 Disember 2023, Petugas Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Besar telah membantu Usahawan-usahawan PEDi untuk Upgrade Whatsapp Personal kepada Whatsapp Business. Whatsapp Business ini dapat membantu Usahawan PEDi dapat membina Business Profile mereka secara Maya dan Percuma. Seseorang Usahawan atau peniaga yang mempunyai Whatsapp Business dapat membina imej dan branding yang baik untuk Perniagaan atau Perusahaan mereka. Oleh itu, Petugas PEDi berjaya membantu dua (2) Orang usahawan yang berjaya Upgrade Whatsapp Personal ke Whatsapp Business. Tahniah diucapkan kepada usahawan tersebut kerana berani menyahut cabaran dalam memajukan perbiagaan dan perusahaan mereka. Akhir sekali, PEDi akan sentiasa membantu dan membimbing para Usahawan untuk lebih maju dan Celik Digital di samping memasarkan Produk mereka.

AKTIVITI:
- Penerangan mengenai Whatsapp Business
- Sesi Installation
- Sesi soal Jawab